Rahsia Kisah Melaka, Encore mempersembahkan
Kapal Dagang Dari Negara China,
Lima Kali Singgah Negeri Melaka,
Sebuah Cinta Sudah Lama Terbina,
Rahsia Kisah Encore Hendak Berkata.
Ilham Anak Melaka
sebuah pantun
oleh Daniel Ong
setelah Ketua Menteri Melaka
merasmikan Encore Melaka
pada Sabtu 7hb Jul 2018
Syukur ke hadrat Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mulia, karya insan-insan terdahulu dapat dipersembahkan oleh Encore Melaka di sini :
Bahasa Diraja adalah merupakan komunikasi bersemuka apabila kalangan keturunan raja ataupun kerabatnya bertemu dengan orang lain.
Orang Melaka bukan hanya terdiri daripada pelbagai kaum dari Nusantara sahaja, bahkan berbagai bangsa dari berlainan tempat di dunia.
Sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa, Melaka menarik berbagai jenis kaum atau suku kaum Negara China di timurnya dan Semenanjung Arab di bahagian baratnya.
Semasa Zaman Kesultanan, orang Melayu diam di rumah kayu beratap rembia dan ramai bertumpu di kaki bukit dan setengah mereka memilik kediaman di seberang sungai berhadapan dengan bukit. Mereka dan Orang Laut lebih gemar kepada air demi menjalankan kegiatan hari-harian sebagai perkebun atau nelayan.
Dari tebing Sungai Melaka sehingga Kota Syahbandar, dan seterusnya ke Klebang, Kampung Keling sehingga Linggi, saudagar kaya-kaya mendudukinya. Encore Melaka berada di bibir pantai, dan boleh dilihati jalanraya sebelum Starbucks Kota Laksmana apabila anda memandu dari Jalan Syed Abdul Aziz.
Pernah tak dengar dulu-dulu adanya gelaran Paduka Seri Cina dan Paduka Mimat ? Mereka, dua orang putera Sultan Mansur Shah.
Setelah terjumpanya Pokok Melaka, hubungan Cina dengan Orang Melaka ternyata kerana Zheng He tiba di Melaka dengan bilangan krew atau anak-kapal melebihi 20,000 orang.
Dasar Dagangan Luar yang diamalkan oleh Kerajaan China itu telah membawa perkahwinan berlaku di antara orang Cina dengan orang Melaka dan rahsianya akan Encore Melaka sampaikan kepada kamu apabila kamu rela menikmati masa sepanjang 70 minit dalam " tempurung gergasi memukau "
Formasi Auditorium Bertingkat dan Berorbit/Berputar dengan orbital pentas berkejuteraan pintar akan menyegerakkan anda berlainan dari sudut lain meskipun apajua pun tempat duduk dipilih.
AKAN kamu mengerti Melaka Berwibawa setelah penubuhan Melaka gemilang dulu-kala ditonton [see] dan kesinambungan itu di rasa [feel] serta mendengar [hear] apa kata-kata 200 ratus orang menyemarakkan di depan mata anda.
Maka itu, dengan izin, saya suka berkongsi dengan kamu, perpaduan dan hidup satu-padu masyarakat Melaka setelah Parameswara menamakan negeri itu, dipanjangkan oleh pemerintahan kesultanan Melaka, Portugal, Belanda, Jepun, British dan Malaya, kini Malaysia.
China tidak menakluk, tetapi telah berkongsi perdagangan, kesenian dan warisan kepada mana-mana tempat mereka persahabatan sepanjang Laluan Sutera. [The Silk Road] China menghargai perpaduan dan hidup bersatu-padu ibarat :
Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.
Sakit sama mengaduh,
luka sama menyiuh.
Bersatu teguh,
bercerai roboh.
Serumpun bah serai,
sesusun bah sirih.
.
Terdengar bunyi kompang ... ketibaan YAB Tn Adly Zahari !
Kena henti mengarang ...
Sabtu 7hb Julai 2018 [Lapuran Perasmian]
Encore Melaka
Tepat jam lima petang, YB Ketua Menteri Tn Adly Zahari diiringi isteri, YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tuan Mohamaddin bin Ketapi, YB Deputy Minister of Primary Industries Shamsul Iskandar Mohd Akin, Yong Tai Chairman Datuk Seri Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman, Yong Tai CEO Datuk Wira Boo Kuan Loon, Director Wang Chaoge, Melaka Executive Councillor YB Kerk Chee Yee, Paya Rumput ADUN Mohd. Rafiq Naizamohideen, ADUN Bemban Dr. Wong Fort Pin, and lain-lain tetamu terhormat mengambil tempat duduk mereka.
5:00 petang - Ucapan Yong Tai Chairman [ Watch ]
5:10 petang - Ucapan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya [ Watch ]
5:20 petang - Ucapan Ketua Menteri Melaka [ Watch ]
Persembahan Bermula ... ... ...

Image Shot By Blogger with link https://generalabout.blogspot.my |
Image Shot By Blogger with link https://generalabout.blogspot.my |
Comments