Fun Walk Melaka Bebas Asap Rokok 2020

Kerana niat dia demi kesihatan orang ramai,tangannya sanggup pungut puntung rokok


Anjuran GaNMBAR Melaka dengan kerjasama Majlis Jaksa Pendamai, Prestijm Konspen Peringgit, KRT Peringgit.

Program ini merupakan usaha Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) dalam menzahirkan sokongan kepada penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap perokok yang tidak mematuhi garis peraturan yang telah ditetapkan.

Program ini akan dijalankan pagi tadi 11 Januari 2020 jam 8.00 pagi.

Berkumpul di Balai Raya Peringgit (hadapan Hospital Besar Melaka bersebelahan kedai makan Hj Husin) ramai peserta telah berada di situ sejak awal pagi.

Setelah senamrobik, mereka mulai memungut puntung rokok dari balai raya mengelilingi kampung Pantai Peringgit dan di sepanjang laluan berjalan kaki sungai Melaka.

Pengerusi Pelaksana Program GaNMBAR : Hj Amir Hamzah

Rumahku bebas asap rokok

Rumahku bebas asap rokok





Comments