Cara membuat Bunga Rampeh
Itu mereka ! |
Bunga rampai merupakan sejenis campuran daripada beberapa
jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan
minyak wangi.
Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis majlis dan adat
istiadat di masyarakat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan,
Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan
Orang Ternama dan sebagainya.
Bunga rampai ini memberikan satu aroma keharuman yang
memberikan impak kesegaran di sesuatu majlis yang diadakan.
Ianya memberikan satu terapi khusus kepada majlis
persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin.
Kesannya juga amat baik bagi mewujudkan satu perasaan yang
aman damai dan ketenangan jiwa kepada yang mendapat baunya.
Bunga Rampeh |
WATCH
Comments