Resepi Turun-Menurun Sungai Putat Melaka - Capati Ayah Pai



Bentuk berbola menukar ke bentuk leper bulat, selepas digolek dengan kayu peleper dan tanpa minyak capati dimasak atas kuali leper.

Permukaan capati mengering dan Ayah Pai dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati supaya ia dibakar rata.

Dihidangkan dengan Kuah Kari Ayam, Kuah Kambing, dan Asam Pedas Ikan Kembong, saya pun mencubit capati untuk merasainya dulu.

Sebati dengan kuah-kuah tersebut, capati rangup dalam mulut dan rasa sedap itu mengajak saya menambah sekeping capati lagi.

Berezeki bertemu-bual dengan Ayah Pai, saya difaham bahawa resepi-resepi hidangan diturun-menurunkan oleh nenek dan bonda mereka di sebuah kampung dalam dalam Kawasan Sungai Putat, Melaka.

Rasai masakan dia di,

Restoran Capati Ayah Pai
26 Jalan SS 1, Taman Sri Selendang,
Melaka

Masak roti piring besi,
Bentuk bulat bukan segi,
Roti ini tidak beragi,
Panggilan diberi roti capati.

Masak roti piring besi,
Bentuk bulat bukan segi,
Asal usul makanan gujarati,
Nama diberi roti capati.


Ada Asam Pedas Ikan Kembong,
ada Kuah Kari Kambing,
ada Kuah Kari Ayam,
dan lain-lain

Comments