Anak Yatim Berbuka Puasa Bersama Hatten Hotel dan Prestij
Anak-anak semuanya comel,
Bersama Prestij berbuka puasa,
Keikhlasan mereka jelas terasa.
[ Atas adalah sebuah pantun original yang di ilhamkan oleh
Daniel Ong sekarang semasa menulis blog post ini dalam perantaraan tanda
berhenti apabila merenung keindahan suasana Chatterz semalam. Pantun ini timbul
kerana kasih-sayang kepada golongan tersebut oleh Hatten Hotel menyentuhi
hatiku ]
Chatterz Jom Berbuka |
Semasa bulan yang mulia, Bulan Ramadhan, Hatten Hotel Bersama
Prestij menganjurkan Buffet Jom Berbuka pada Juma’at 10 hb Mei 2019 bersamaan 5
Ramadan 1440H di Chatterz.
Anjuran Hatten Hotel – Prestij itu, berhasrat untuk memupuk
sifat penyayang kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak-anak yatim. Turut bersama untuk berbuka adalah Tuan Amir Aziz dan Puan Maznah Ibrahim dari Prestij manakala YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang dijemput berbuka bersama TYT Gabenor Negeri Melaka diwakili pembantunya dari Japerun Paya Rumput.
Walaupun Hatten Hotel telahpun dulu bertahun-tahun mendukung
wajib sosial korporat atau CSR, kepada penduduk setempat di sekitar Melaka,
Hatten Hotel tidak akan berputus asa berusaha gigih demi menceriakan golongan
yang kurang bernasib baik dan anak-anak yatim ketika muslimin dan muslimat menjalankan
ibadah Ramadhan Al-Mubarak.
Sifat penyayang Hatten Hotel sangat dipuji oleh rakyat
Negeri Melaka sehingga hari ini kerana golongan yang kurang bernasib baik dan
anak-anak yatim dapat berjamu selera di dalam suasana yang cukup selesa yang
terada di Chatterz selain daripada penerimaan Duit Raya dan Buat Tangan.
“ Mengetepikan nilai pemberian, keikhlasan Hatten Hotel
selalu menjanakan Harapan, Kegembiraan dan Senyuman kepada mereka setiap kali
datangnya perayaan di Negeri Melaka ” katanya, Quinn Wong, Eksekutif Kanan
Komunikasi dan Pemasaran Hatten Hotel.
Sekiranya, anda ada apa-apa pertanyaan, sila hubungi Quinn
Wong melalui emel
quinn.wong@hattenhotel.com
quinn.wong@hattenhotel.com
Hatten Square
Jalan Merdeka
75000 Melaka
TEL +606 286 9696
Comments