Pemimpin dan rakyat berpisah tidak




About Melaka
Apa Datuk tengah beritahu Adly?

Saya  nampak. 

Engkau, dah?


" Saya tidur dan saya termimpi bahawa kehidupan sepatutnya memerlukan berkegembiraan.

About Melaka
Saya bangun dan I ternampak bahawa kehidupan sentiasa berkelilingi dengan kemahuan berkhidmat.


Saya berkhidmat dan saya ternampak bahawa khidmat itu nikmat kegembiraan. "


About Melaka
Saya menulis perkataan seorang penyair mistik Kahlil Gibran, dimana beliau menggunakan kesederhanaan yang menakjubkan sebagai intipati pada setiap pemberian, mahupun dari zahir ke dari batin.


Alangkah senang untuk memikirkan penerimaan barang-barangan ataupun kasih sayang yang saya boleh dapat sewenang-wenang walaupun berada di mana jua pun apabila hanya berhasrat mementingkan diri sendiri sahaja.


Malangnya, keinginan mementingkan diri sendiri hanya tinggal akibat mengabaikan nikmat kegembiraan.


Maka itu, demi menikmati kekayaan hidup dari luar kotak-ketamakan, marilah menawarkan diri supaya khidmat kita memanfaat manusia dan kemanusian kerana ia adalah satu-satu caranya menrasai nikmat kegembiraan.


Inilah dia, saya nampak [ Tonton Sini ] :


Bersabar dan menyambut yang teragung,
Kerana datangnya Adly Zahari,
Dari Japerun hingga ke kampong,
Harapan kita bertambah baik semakin hari.

(Sebuah pantun asal yang diilhamkan oleh Daniel Ong pada Isnin 8 April 2019 Jam 2:20 petang)


Balairaya Bukit Tempurong, Sabtu 6 April 2019 Jam 10:00 pagi, 
Julia menalifon Rohana, “Mr. Ong ada di sini, bila nak pergi ambil motor dari Ban Zen Motor?”


Fiza, Ana pun mai dan Julia menghantar kita ke Ban Zen Motor. Semasa dalam kereta, gua mengata kepada Julia, “Ini kali pertama, gua duduk kereta Julia, apa nombornya?” 


Julia membalas, “7176” Bini gua pun beli nombor kat Magnum4D, dan petang yang sama, 8176 naik sebagai hadiah pertama. Ha ha ha … tak kena lor !


Kent di Ban Zen nasihat kita mengambil E-Bike pada dua petang kerana dia nak pastikan semua E-Bike di sediakan dengan cara terbaik supaya boleh digunakan menurut perjalanan Ketua Menteri dalam lawatan ke Japerun Bandar Hilir. 


Bersyukurlah saya dan rakan ahli-ahli MPKK saya kerana kesemua-semua enam buah E-Bike dipermudahkan dengan keselamatan utama untuk kegunaan di atas jalanraya.


Beramai-ramai kita bergegas ke Japerun Bandar Hilir yang terletak di sebelah Muzium Penjara pada penghujung Jalan Parameswara. Muzium Penjara itu telah dibina sekitar tahun 1860an.


Semasa di situ, ramai pemimpin negeri berkumpul untuk menerima lawatan YAB Tn Adly Zahari dan antara mereka adalah Martin Theseira, Jennifer Poh, dan lain-lain


About Melaka
M1, kenderaan rasmi Ketua Menteri diikuti dengan beberapa buah kereta berbaris di bahu jalan menghadap ke Bukit Senjuang, sebuah bukit warisan dunia dalam Bandar Melaka Bersejarah.


Selepas melawat kampong nelayan di Ujong Pasir, saya berezeki merakam video dan berpeluang mengeratkan persahabatan dengan Nas, dan Dris semasa YAB Tuan Adly Zahari menunaikan solat Asar di Masjid As-Salam dalam perkarangan Balai Polis Bandar Hilir.


Sementara YB Datuk Tey Kok Kiew dan Ahli Majlis MBMB, Jennifer Poh berbual di tepi tempat meletak kereta, E-Bike Ban Zen berwarna merah di situ dapat menarik minat pegawai-pegawai protokol Ketua Menteri dan mereka pun test ride serta menyuarakan perasaan elok bahawa E-Bike merupakan salah satu kenderaan alam hijau.


About Melaka



Selamatnya bersolat, Adly pun melawat MPKK Lorong Panjang dan turut mendengar suara orang kampong di situ.



About Melaka
Disambut dengan adat, kompang mengiringi YAB Adly Zahari dan YB Datuk Tey Kok Kiew setelah mereka menurun ke padang dari dalam kereta sehingga ke tempat di mana kanak-kanak kecil berbilang kaum dan berbajukan costume warisan masing-masing bergembira mengibarkan bendera Malaysia dan bendera Melaka sebagai tanda mengalu-alukan ketibaan Adly.


Rombongan Adly bersinggah di Galeri 1825 di Jalan Bunga Raya dan mereka beramai-ramai berjalan kaki dari situ sehingga ke Restoran Line Clear Kg Jawa. 


Semasa berjalan kaki, tiada pun dilihat orang ramai, tanda-tanda satu-satu pemimpin berhidung tinggi tetapi sifat kemuliaan termasuk keprihatinan mereka itulah yang rakyat suka. Saya nampak.




Comments