Bukan aje di kota, di desa pun sama




Credit: Ms Yong, Japerun DUN Bemban
Cik Yong ajak saya ke Bemban dan janji saya kepada dia dikotakan pada Sabtu 13 April 2019. Sekarang, saya berada di Kolam Air Panas, Bemban.


Jam 3 petang, ramai orang dah mengisi kawasan tetamu sejak awal tadi di Kolam Air Panas untuk menyambut ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka.


Saya hanya dapat tahu bahawa adanya sebuah kolam air panas di Bemban pada tahun lepas daripada salah seorang pengarah syarikat Huat Lai Resources. Orang kedua yang memberitahu saya tentang kolam itu adalah Levingo dan dia mendedahkan kepada saya bahawa kolam air panas Bemban, merupakan salah satu daripada tujuh kolam air panas terkenal di dunia.





Dah merancang nak merendam di kolam situ sejak tahun lepas tetapi tak jadi jadi.
Bersyukurlah saya hari ini, keinginan saya di permudahkan sekarang di sini dan dengan cukup meriah, kerana menyertai lawatan kerja YAB Adly Zahari ke DUN Bemban diiringi oleh YB Datuk Dr. Wong Fort Pin.


Ketua Menteri sudah tiba, dan Imam Masjid Bemban sedang membaca Doa.
Kakitangan-kakitangan majlis sedang berusaha menyediakan program seterus supaya penyampaian hadiah kepada pengunjung bertuah boleh dimulakan sekejap lagi.


Selepas penyampaian hadiah, lawatan ke persekitaraan kolam air panas berlaku sebelum pelawat-pelawat berehat untuk jamuan bersantai.


Pada jam 4 petang, saya turut bersama rombongan melawat tapak pembinaan Masjid Bemban dan merakam sessi santai YAB Ketua Menteri dengan peniaga di Pekan Bemban.


Serupa di Masjid As-Salam minggu yang lepas, masuk azan, YAB Tn Adly Zahari tetap menunaikan solat Asar di Masjid Al Hakem, di Kampung Tehel sebelum bertolak ke Pusat Ternakan Rusa Kampung Tehel.


Lawatan ke Anjung Bonda, Bemban ditepati jam 5.10 petang dan YAB Tn Adly Zahari beramah mesra bersama penduduk setempat di kawasan Rekreasi Anjung Bonda, Tehel, Bemban.
Suasana di situ cukup indah, selesa, hijau dan bersih.


Lawatan ke DUN Bemban bersurai pada 6.30 petang dan semasa itu saya terpegun dengan keindahan pemandangan matahari terbenam.



Bandar Hilir intan sejarah, perternakan keluaran Bemban,
Perhatian kepada bandaraya diutamakan, menitikberatkan desa tidak diabai,
Ketua Menteri kita Tn Adly, kewibawaan Tuan meringankan beban,
PintarHijauBersih mengindahkan Bandar, hijau kehijauan berampai-rampai.

[ Sebuah pantun asal diilhamkan oleh Daniel Ong pada Rabu 10 April 2019 Jam 11.48 pagi sempena lawatan Tn. Adly Zahari ke DUN Merlimau ]



Comments