Prestij Melaka melancarkan Imej


Majlis Makan Malam dan Pelancaran Imej Prestij terkini diadakan pada Jumaat 22 hb Februari 2019, 8.30 malam di Seri Chendana, Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.

Tagline Prestij ialah #PejuangKebajikanMasyarakat


Sumber Gambar : About Melaka


Aturcara Program :

0800

Pendaftaran

0830

Ketibaan Tetamu

0845

Bacaan Doa - Al-Fadhil Ustaz Nor Azmi bin Ishak

Ucapan Pengerusi Persatuan Prestij - Pn. Maznah binti Ibrahim

Persembahan

Ucapan Penasihat Eksekutif - Tn. Hj. Amir Hamzah bin Tan Sri Abdul Aziz

Montaj

Ucapan Perasmian - YB Datuk Mohd Rafiq bin Naizamohideen, Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelabutan

0930 Penyampaian Cenderahati



PERUTUSAN PENGERUSI - Pada asalnya, Persatuan Prestij dikenali sebagai Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Prestij Melaka dan telah didaftarkan penubuhannya tanggal 10 Disember 2013.

Penjanamaan semula PIITPM kepada Persatuan Prestij telah dibuat dan didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 2 Januari 2019.

Tujuan utama Persatuan Prestij ini ditubuhkan bagi membela nasib kaum wanita dan ibu tunggal khasnya dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakan.

Dalam menuju ke arah negara maju, keperluan ibu tunggal dan wanita harus diberikan perhatian.

Seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup yang semakin meningkat telah memberi impak kepada golongan ibu tunggal dalam kehidupan seharian.

Ibu tunggal seharusnya mengharungi cabaran yang besar dalam memperkasakan hala tuju hidup mereka secara cemerlang dan berjaya.

Persatuan Prestij sentiasa berusaha untuk menganjurkan program secara holistik di peringkat bandar dan luar bandar bagi memberi peluang kepada golongan wanita dan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.

Melalui program ini, kaum wanita boleh meningkatkan ilmu pengetahuan agar merka benar-benar dapat menceburi bidang keusahawanan melalui saluran yang betul dan lebih sistematik.

Selain itu, Persatuan Prestij turut bergerak aktif dalam memantau ibu-ibu tunggal yang memerlukan bantuan dan mengumpul dana bagi membela nasib golongan ini.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ketahuilah bahawa kita semua termasuk semua golongan ibu tunggal dan wanita adalah penggerak dan pendurung matlamat ke arah mencapai dan merealisasikan Program Tranformasi Nasional 2050

Puan Maznah Binti Ibrahim
Pengerusi Persatuan Prestij


Sumber Gambar : About Melaka

Sumber Gambar : About Melaka

Sumber Gambar : About Melaka

Comments