Kagumi seni "Kecantikan Alam Semulajadi"


Balai Seni Lukis
Sumber Imej : Perbadanan Muzium Melaka [Azimah]

Lawat Balai Seni Lukis hari ini


“ Yang Berusaha Puan Fadhilah binti Md. Saleh, Pengurus Besar PERZIM.

Yang Diraikan barisan artis

Allen Tan, Constance Teo dan Tommy Chen

Tetamu-tetamu jemputan

Pegawai-pegawai PERZIM, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Salam Sejahtera

Salam Melaka Berwibawa

Melaka Pintar Hijau Bersih

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada PERZIM kerana mengundang saya untuk memberikan ucapan di majlis perasmian Pameran Lukisan dan Foto “Beauty In Nature”.
Sesungguhnya saya amat berasa berbesar hati kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Usaha-usaha Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk memartabatkan bidang seni visual telah lama dilaksanakan melalui penubuhan dua buah galeri iaitu Balai Seni Lukis Melaka dan Galeri Seni Rakyat yang mempamerkan karya seni visual daripada artis-artis tempatan mahupun antarabangsa.
Melalui pameran seni visual ini, saya percaya ia mampu menarik peminat-peminat seni untuk datan melawat ke galeri dan menikmati keindahan karya-karya yang dipamerkan seterusnya dapat merasai nilai dan falsafah yang cuba ditonjolkan oleh artis di dalam karya mereka.

Tidak hanya mempamer, seni ini adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran, minat dan juga menggalakan perkembangan seni dalam kalangan masyarakat melalui program dan aktiviti antaranya bengkel, bicara seni, kem seni, pertandingan melukis, pameran interaktif dan sebagainya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kini, sebuah lagi pameran diadakan di Balai Sen Lukis Melaka dengan kali ini menampilkan serama tiga orang artis tempatan diberi tajuk Pameran Lukisan dan Foto “Beauty In Nature” yang mula dipamerkan pada 15 Januari hingga 30 Mar 2019.

Allen Tan www.truefaces.com , merupakan seorang artis kelahiran Melaka yang tidak asing lagi di PERZIM di mana beliau telah beberapa kali mengadakan pameran solonya di sini. Kini beliau tampil lagi dengan mengetengahkan karya yang cendurung kepada mengekspresi emosi melalui seni dan juga menggunakan hubungan menusia dan jiwa sebagai tema utama contohnya karya berimej kuda, burung, bunga dan potret manusia.

Constance Teo pula seorang jurugambar yang amat gemar melihat keindahan flora dan fauna lalu diterjemahkan di dalam karyanya. Beliau melihat fotografi sebagai puisi bergerak, merangkumi alam semulajadi yang jelas dan intipati emosi manusia.

Manakala artis yang seterusnya ialah Tommy Chen, merupakan pelukis Koi yang terkenal di Malaysia. Minat terhadap ikan Koi menjadikannya seorang artis yang banyak menumpukan penelitian dan perhatiannya kea rah seni Koi.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Antara objektif pameran ini diadakan adalah sebagai salah satu langkat mempromosikan karya-karya artis tempatan bagi tujuan pameran dan jualan. Justeru, saya berharap agar pameran ini mendapat sambutan orang ramai seterusnya dibeli untuk dijadikan koleksi tidak kira sama ada untuk ditempatkan di rumah kediaman, pejabat mahupun di hotel-hotel sebagai penyeri bilik dan dinding.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada PERZIM kerana menjemput saya merasmikan pameran ini. Begitu juga kepada para artis, selamat maju jaya saya ucapkan. Semoga pameran seni yang mengabungkan tiga orang artis ini dapat member manfaat kepada orang ramai serta dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar Negara.

Sekian. Terima kasih. ”


Teks Ucapan Majlis Perasmian Pameran Lukisan dan Foto “Beauty In Nature” oleh YB. Datuk Dr.Wong Fort Pin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka.



Comments