Bintil Ekstra Besar Untuk Stimulasi Maksima


Image Owner About Blog

Lecetan, cecair pra pancutan, air mani, cecair vagina dan darah boleh memindahkan organism berjangkit. Pastikan anda menggunakan kondom sebelum melakukan sebarang hubungan seksual. Jangan gunakan kembali kondom kerana ini meningkatkan risiko jangkitan dan kegagalan.

Koyakkan pek dengan berhati-hati. Jangan gunakan kuku, gigi atau apa-apa bahagian yang mungkin merosakkan kondom. Gunakan kondom baru setiap kali anda melakukkan hubungan seksual. Jangan sesekali menggunakan kembali kondom yang telah digunakan; kondom yang telah digunakan boleh mengakibatkan kondom pecah, risiko kehamilan dan STI.

Tanggalkan kondom daripada pek dan titiskan sedikit pelincir ke bahagian hujung dalaman. Menggunakan bahan pelincir tambahan boleh mengurangkan risiko kondom pecah ketika digunakan.

Sebelum melakukan hubungan seksual, letakkan kondom dihujung zakar yang tegang dengan bahagian bergulung di bahagian luar. Jika zakar tidak disunat, tarik kulit kulup sebelum memakai kondom. Picit kepala di hujung kondom dengan ibu jari dan jari telunjuk anad. Ini menghalang udara daripada terperangkap di bahagian pangkal kondom dan meninggalkan ruang kosong untuk mengumpul air mani.

Gulung masuk kondom hingga ke bahagian pagkal zakar dengan sebelah lagi tangan anda. Jika kondom tidak mudah untuk digulung masuk, ia mungkin dimasukkan secara terbalik, rosak atau kondom itu sudah terlalu lama. Buang kondom tersebut dan mulakan dengan kondom yang baru.

Menggunakan bahan pelincir tambahan boleh mengurangkan risiko kondom pecah ketika digunakan. Gunakan bahan pelincir di bahagian luar kondom.

Jika kondom pecah ketika digunakan, berhenti serta-merta dan tarikh keluar. Jangan teruskan sehingga anda memakai kondom yang baru dan mengenakan pelincir tambahan. Berhenti untuk memeriksa sama ada kondom menggelincir atau terasa terlalu mengetat di bahagian zakar kerana ia mungkin menyebabkan kondom pecah.

Setelah memancutkan air mani, pegang bahagian pangkal kondom dengan kemas dan tarik keluar ketika zakar masih tegang. Ini akan memastikan kondom daripada mengelincir dan memastikan sebarang cecair di dalamnya tidak tertumpah keluar.
Balut kondom yang telah digunakan didalam kertas tisu dan buang ke dalam tong sampah supaya pihak lain tidak dapat menggunakannya. Jangan buangkan kondom ke dalam mangkuk tandas.

Bersihkan tangan dengan sabun dan air dan untuk perlindungan tambahan, basuh bahagian sulit anda dengan sabun dan air.

Extra large studs for maximum stimulation. (Bintil Ekstra Besar Untuk Stimulasi Maksimum)


Comments