KEMAS Melaka mendakap kejayaan di DUN Bandar Hilir



Sabtu 10 hb Nov 2018
MPKK Bukit Tempurung


Mentari pagi indah memperkayakan sekitar kampung MPKK Bukit Tempurung di Tabika Kemas Jalan Panjang apabila pelbagai warna sekitar taman memainkan peranan mereka selaras dengan cahaya sang suria yang mendaki dari timur langit.
Guru, kanak-kanak dan ibu bapa mengisi ruang gelanggan futsal sebelum senamrobik bermula.
Hijau kehijauan di atas bumi sepadan dengan dengan biru kebiruan di atas langit semasa kanak-kanak berbaju merah mengerjakan otot-otot mereka semasa acara senamrobik. ( 0.00 – 0.15 saat youtube )


Setelah di dahului oleh kanak-kanak, ibu bapa sertai senaman pagi tersebut atas kasih sayang dan ramai peserta dan tetamu memikul senyuman manis menyaksikan aktiviti sihat itu sehinggan ianya tamat dengan muzikal YMCA.


Hafizah, pembantu Tabika Kemas masih menyambut tetamu ( 0.21– 0.22 saat youtube ) jam 8.22 pagi manakala seorang lelaki muda menyapu air hujan berdekatan Kawasan senamrobik supaya lantai tak terlicin.


Pemilik Imej : Melaka
“ Sebaik baik manusia adalah seorang ibu, kerana ibu akan melakukan yang terbaik untuk kebahagian anaknya ” Sifat menghargai ibu, sekali lagi di amalkan dalam sesi ‘ Cantik tak mak saya? ’ ( 0.37 – 0.43 saat youtube )


Lala  Molly Fantasy datang menghiburkan kanak-kanak dan ibu bapa merampas peluang itu mengambil gambar untuk kenangan.


Seterusnya, 15 minit di peruntukan untuk minum pagi dan persiapan majlis penyampaian sijil sebelum ketibaan Tetamu dan Bacaan Doa Majlis. Klik sini untuk keseluruhan Sukaneka dan Majlis Akhir Tahun Tabika KEMAS DUN Bandar Hilir 2018.


Penghargaan

Pengerusi Tabika Kemas - Rebu bin Hadis

Cikgu Tadika - Sarlina Mohd Bokti

Penyelia Prasekolah Kemas Kota Melaka - Norizan Mustaffa

Pembantu Tadika - Hafizah bte Abd Aziz

Pengerusi MPKK – Rohana binti Abdul Razak

Siti Aisyah Binti Jamaludin

Pembantu Tadika Kemas Flat Polis - Nor Anita Binti Ab Jabbar

Kemas Melaka



Peta Google Tadika KEMAS Bandar Hilir di terbit pasa Ahad 11.10.2018
( Published on Sunday 11 Nov 2018 on Google Map useful to everyone )



Pasti video ini akan sering kali di tonton oleh kanak-kanak ini apabila mereka sudah dewasa.




Nota Rujukan Sejarah

Kawasan Rumah Awam Bukit Tempurung hanya siap terbina lebih kurang 44 tahun dahulu ( iaitu pada 1974 ) dan sebelum itu, Kawasan tersebut merupaka sebuah tempat lapang berpaya ( Marsh – English Language ) Burung, Kingfisher, suatu penglihatan ketika itu.
Jalan Thamby Abdullah belum dibina.

Comments