Hari Muzium Antaranbangsa Peringkat Kebangsaan 2018



Image Provided by PERZIM
Datuk Hj Khamis Abas


Sebuah muzium yang saya tumpukan ialah Muzium Negeri Kedah kerana biografi Tun Dr. Mahathir Mohamad berasal dari situ.

Setelah membaca biografi Tun, saya beralih kepada latar belakang Muzium Negeri Kedah.

Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah Darul Aman ke 2.

Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30
Disember 1961.


Pada Julai 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah. Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997.

Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan, dan mini theatrette. Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan Kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Alam Semulajadi, Dewan Tokoh, Dewan Pengangkutan, Dewan Senjata, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sastera.

Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan masyarakat lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.



Muzium Negeri Kedah
Lebuhraya Darul Aman
Bakar Bata
05100 Alor Setar
Kedah Darul Aman

Telefon +604 733 1162
Faks + 604 730 5100

21 Julai to 28 Julai
2018

Melaka



Comments