Tun Khalil Yaakob : Artist - Portraits & Images


Introduction

The Tun Khalil Yaakob : Artist – Portraits & Images Solo Exhibition is for public viewing in conjunction with the re-opening of the Melaka Folks Art Gallery, a brainchild gallery of HRH Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, the Governor of Melaka upon complete restoration of the heritage building in the early 2018.

HRH Tun has in depth interest in the art of drawing and since then, more than 80 masterpieces are ready, some of them, now on display in this gallery. His Royal Highness duties has not limited the Governor’s talent in the art of drawing.

Since 2004, HRH Tun has contributed in many artistic drawing activities organized by governmental agencies, institute of higher learning, public galleries including schools art programmes. His in those mentioned sectors has not only provided encouragement but also served as a motivation for potential participants.

This exhibition is an appreciation to HRH Tun for his contribution and his dedication more than a decade ago toward Melaka’s visual art. This exhibition enriched the state government continuous efforts to promote the beauty and the heritage of Melaka to the world.



Pengenalan

Pameran Solo Tun Khalil Yaakob: Artist – Portraits & Images ini adalah bersempena dengan pembukaan semula Galeri Seni Rakyat Melaka yang telah diilhamkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob, Gabenor Negeri Melaka selepas siap dibaik pulih bermula 2017 hingga 2018.

TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob pemimpin negeri yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap bidang seni lukis. Sehingga kini TYT Tun telah menghasilkan lebih 80 buah catan dan lukisan. Sebahagiannya kini dipamerkan di Galeri Seni Rakyat Melaka dan ada yang turut dijadikan koleksi persendirian peminat seni. Tugas-tugas rasmi sebagai Gabenor Negeri Melaka juga tidak menghadkan bakat semulajadi beliau untuk terus berkarya.

Sejak tahun 2004 sehingga kini TYT Tun turut bersama-sama turun padang memeriahkan pelbagai program seni yang diadakan di peringkat jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, galeri swasta mahupun sekolah di pelbagai lokasi. Kehadiran Tun di setiap lokasi penganjuran aktiviti memberikan semangat dan menjadi inspirasi kepada para peserta.

Penampilan khas karya-karya Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob pada kali ini di Galeri Seni Rakyat Melaka adalah sebagai penghargaan atas penglibatan, sumbangan dan peranannya yang begitu besar sekali terhadap perkembangan dunia seni visual Melaka sejak lebih sedekad yang lalu. Pameran ini juga adalah sebagai satu usaha kerajaan negeri dalam menyemarakkan lagi dunia seni yang mewarnai Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan dengan penglibatan pemimpin atasannya sendiri sebagai insan seni.


Comments