Engkau teringat, dia pelik ?
Pergi ke perkarangan Muzium Istana Kesultanan Melaka pada Isnin 25 Disember 2017 kerana anda akan teringat apa yang telahpun dilakukan semasa zaman muda.
Sumber http://tradisional-bib.blogspot.my/2007/03/permainan-sepak-raga.html |
Contohnya, saya pernah main sepak takraw, dulu orang Melaka panggil sepak raga. Orang rumah saya pernah main congkak di kampungnya. Saya baru cakap dua permainan sahaja dan banyak lagi saya pun sudah terlupa
PERMAINAN TRADISIONAL
Zaman dahulu sebelum adanya peranti-peranti dan telefon bimbit, kanak-kanak di kampung bermain sesama sendiri dengan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan semestinya tidak perlu mengeluarkan modal yang besar.
Melalui barang-barang terbuang dan terpakai seperti tin, guni dan pelepah kelapa, kanak-kanak dengan kreatif telah membuat pelbagai permainan yang boleh dimainkan bersama rakan-rakan yang lain.
Kini, permainan seperti ini amat jarang dilihat lagi dimainkan oleh kanak-kanak sekarang. Mereka lebih suka menyendiri bersama telefon bimbit dan peranti terkini.
Dalam usaha mengetengahkan dan mengimbau kembali kenangan lalu, PERZIM dengan ini mengadakan aktiviti PERMAINAN TRADISIONAL yang akan diadakan pada ketentuan berikut :
TARIKH : 25 DISEMBER 2017
MASA : 11.00 pagi - 1.00 petang dad 3.00 petang - 5.00 petang.
TEMPAT : MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA
MASA : 11.00 pagi - 1.00 petang dad 3.00 petang - 5.00 petang.
TEMPAT : MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA
Semua dijemput hadir untuk turut serta dalam aktiviti ini dan semoga kenangan lama di waktu kecil dahulu dapat diimbau kembali.
Turut digalakkan untuk membawa anak-anak bagi menyertai aktiviti ini bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai PERMAINAN TRADISIONAL Jom turut serta.. Hadiah-hadiah juga disediakan untuk para pemenang.
Perbadanan Muzium Negeri Melaka
[PERZIM]
Comments