Asam Pedas Terbaik - hanya di Restoran Melayu Melaka



Indah Sungai di Kanan Kiri,
Masam Pedas Tidak Tersangka,
Asam Pedas Masak Tenggiri,
Hidangan Restoran Melayu Melaka.


(Pantun ini di ilhamkan setelah melihat segolongan orang ramai dari Axiata mengelilingi Chef Fauzi apabila Asam Pedas Ikan Tenggiri sedang dimasal.)



Asam Pedas Masak Tenggiri Terbaik oleh Chef Fauzi
di Restoran Melayu Melaka
Imej oleh About Blog
dgn url di http://generalabout.blogspot.com.my

Asam Pedas Masak Tenggiri Terbaik oleh Chef Fauzi
di Restoran Melayu Melaka 
Imej oleh About Blog
dgn url di http://generalabout.blogspot.com.my

Semasa saya berjalan kaki berhala ke jambatan Kampung Morten, ternampak seorang chef sedang memasak di Restoran Melayu Melaka. Sepatutnya, saya dah nak balik rumah untuk kerja muat-niak rakam kebudayaan etnik India sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka ke 11. Tetapi, bau sedap masak situ menarik minat saya untuk singgah di sana. Sila menonton masakan chef itu di sini.




Resipi Assam Pedas Ikan Tenggiri
Restoran Melayu Melaka

Ikan Tenggiri 200 gm

Cili Kering 50 gm

Bawang Merah 50 gm

Kunyit Hidup 50 gm

Daun Kunyit 20 gm

Serai 50 gm

Assam Jawa 20 gm

Bendi 50 gm

Terung 50 gm


Cara Menyediakan

Rebus cili kering lebih kurang 1 jam, sejukan masukan kedalam belender bersama bawang dan kunyit.

Tumiskan bahan tadi masukan serai dan assam.

Biarkan didih.

Masukan bendi dan terung.

Masukan ikan.

Hidangkan.

Comments