Santai Malam Minggu Dataran Keris
Alor Gajah
Progresif tanpa terburu-buru sejak bandar itu dinamakan pada kurun ke-12
setelah seekor gajah putih memimpin sekumpulan gajah liar menurut alur sebatang
sungai di situ. Jika anda nak tahu selanjut sejarah Alor Gajah, sila baca di sini.
Tujuh belas
hari yang lalu, saya berancang nak ke Dataran Keris itu untuk santai malam
minggu setelah Instagram Fabulous Melaka mempaparkan program itu.
Setelah
balik dari Alor Gajah, saya pun bermula menulis di sini demi berkongsi kepada
orang ramai keunikan Dataran Keris pada malam minggu.
Memandu
turut-menurut dalam tempoh masa yang lama boleh membuatkan tubuh anda menjadi
penat. Berhenti dan berehat sekajap di tempat yang sesuai memulihkan tenaga
untuk terus memandu. Dataran Keris, saya syorkan apabila sebelum anda berlepas
di Tol Simpang Ampat atau setelah anda memasuki tol tersebut untuk menuju ke
Bandar Bersejarah Melaka.
Sebelum
senja saya tiba di Dataran Keris dan terus merakam video Cucuk Cucuk Steamboat
yang menyediakan banyak pilihan gemar orang ramai.
Di bahu
Dataran Keris, ada secukup bilangan kereta mainan berbateri kanak-kanak menarik
dan akan pasti buat mereka gembira pada malam minggu.
Gerai
pertama dikujungi saya dilayan oleh
Aida. Aida ada serbuk pencuci kosentrasi tinggi untuk menghilangkan kesan
kotor. Saya yakin dengan serbuk itu kerana ia :
- 3 hari rendaman tanpa bau hapak dan busuk
- hilangkan kotoran degil
- anti lekat semula pada pakaian
- mudah digosok
- kurang buih
- mesra alam
- haruman berpanjangan
Di atas
kawasan yang cukup luas dan berhijau, terdapat ramai kanak-kanak bersuka-ria
dengan tiupan gelembung sabun berbentuk bulat gembul-gembul dengan warna
pelangi bersilau-silau.
Adanya Food
Truck, dan lain-lain lagi walupun saya cuba sebungkus nasi lemak daun pisang,
ayam goreng berempah dan bihun Anor. Meja dan kerusi di sediakan di tengah
dataran tersebut menghadap ke pentas.
Semasa
menjamu selera, pentas Dataran Keris bermula menghidangkan lagu-lagu untuk
berhibur orang ramai.
Nasi lemak
ada telur goreng, ikan masin; bihun Anor tak keras pun tak lembut tapi kental,
sup nya lazat pedas dan jelas manakala ayam goreng setelah dimakan ingat mahu
tambah.
Pegawai
MPAG menyeru saya merasai kuih udang best dan famous dikata orang, “Sedap nak
mampuih” Wow ! … bukan aje syok, tapi kental fish cake nya, tauhu dicampurkan
ditambah hebat dengan sos super seeedap … tak cuba tak tahu
Bila anda
mahu bawa kanak-kanak ke sana ? Para-sahabat pun boleh santai di sana. Inilah
pantun Alor Gajah :
Adat Minang
dijunjung sudah,
Adat
Temenggung tidak dilupa:
Selamat dating
ke Alor Gajah
Bandar
progresif lagi ternama.
Comments