Kenal ye biji ini !





Biji benih berwarna merah ini dikenali semua orang zaman penghujung tujuh puluhan semasa negeri bertuah belum ada lagi komplek beli-belah.

Masa itu, ayahmu mungkin membawa kereta dan masih guna tangan sebagai isyarat kepada sesiapa di belakang apabila hendak belok kiri ataupun kanan mahupun berhenti.

Tetapi ayah-ayah yang memandu pada masa itu sedikit berbanding dengan sekarang.

Maka itu, anak-anak dulu tidak membeli benda-benda permainan. Biasa mereka buat benda-benda permainan dengan mengunakan apa-jua yang terada.

Contohnya, biji benih merah ini telah diguna sebagai biji lontar lastik. (Barangkali, masa itu, kita belum pernah belajar ejaan 'plastik' sebab plastik masih belum direka dan diguna secara luas)

Gambar ini diambil semasa saya ambil sarapan pagi tadi di Bukit Serindit.


Berkongsi kenangan lalu. Itu sahaja.


Comments