Peminpin berjiwa rakyat | Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam

qr code


On SmartPhone
#melaka #malacca
Facebook
Don't Read & Drive !


Saya +Orang Melaka . Dulu, hari-hari saya pandang rumah papan berbumbung daun atap nipah; sekarang tempat sama sudah lama terdiri bangunan bertingkat berupa kolej yang mengajar ilmu.

Dulu, saya menikmati tayangan hitam putih pada televisyen berkotak; sekarang berseronok pulak dengan teknologi kawalan juah mudah simbol gerak-geri tangan sahaja. Dulu saya menguna talipon tidak berangka manakala sekarang, dengan suara aje, talian disambung melalui telefon bimbit pintar.

Atuk tak dapat melihat zaman cucu dan cucu tak erti zaman atuk dengan scenario sebegini. Bersyukurlah saya, kerana dapat merasai apa ayah rasai dan menikmati apa anak merasai.

Sedemikian, dengan konteks serupa, sebagai +Orang Melaka , saya menjunjung ta’at setia kepada pemimpin-pemimpin Melaka, baik pun dulu, mahupun sekarang. Tanpanya peminpin-peminpin dulu, Melaka tidak akan semajunya sekarang. Maka itu, saya nak mengenali jasa mereka di sini atas pengorbanan Osman Talib, Ghafar Baba, Talib Karim, Ghani Ali, Adib Adam, Rahim Tamby Chik, Mohd Zin, Abu Zahar, Mohd Ali Rustam dan sekarang Idris Haron.

Secara khususnya, di sini, izinkan saya, untuk bertumpu kepada jasa-jasa Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Semasa beliau menjadi pemimpin Melaka, saya tengah sibuk dengan kerja dan tidak bermasa cukup untuk mengambil tahu hal-semasa ketika Datuk Seri baru dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.
Apabila, Jonker Walk dan Sungai Melaka diperhebatkan, dan sering-kali nama Tan Sri disebut-sebutkan, saya mulai mengambil tahu kebolehan Datuk Seri. Sekarang, setiap hari, ramai orang mengunjungi Jonker Walk, menyusuri Sungai Melaka, menjejak sejarah tapak-tapak warisan dan sebagai.

Sejak itu, bertambahnya bangga terhadap Datuk Seri apabila saya turut mengikut aktiviti-aktiviti Datuk Seri melalui Facebook dan Twitter.

Seperti yang ternampak di Facebook, Datuk Seri asyik berkunjung atas jemputan pengantin baru, melawat pesakit-pesakit, menziarahi keluarga-keluarga orang meninggal, berprihatin kepada warga emas dan orang-orang kurang bernasib baik dan sebagainya. Datuk Seri, seorang yang berjiwa rakyat dan tidak berputus asa untuk mendekati mereka.

Semasa Datuk Seri meminpin Negeri Melaka, negeri bertuah ini pesat membangun sehingga UNESCO menyenaraikan Melaka sebuah bandaraya warissn dunia.

Namun demikian, Melaka Maju 2010 tercapai dan ramai pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara asyik minat melawat Melaka.

Oleh itu, jasa Datuk Seri terbukti kerana jumlah pelawat ke Melaka dekat menjejah 16 juta orang setahun.


[ akan dikemaskini | to be updated ]

Comments