Menekuni Memoir Bukit Peringgit
Hari ini, ayuh sama-sama kita menekuni
Memoir sejarah Bukit Peringgit
Sebuah lokasi warisan kebanggaan
seluruh watan, pusaka berharga
Melaka negeriku.
Kicauan berburung pagi
dan sinaran mentari pelangi ceria
menjadi saksi berdiri teguh dan agam
sebuah tanda warisan yang tiada taranya
kerana di sini pernah berdiri ampuh
pusat kediaman dan pengtadbiran rasmi
pundak tertinggi pengtadbir negeri.
Ibarat sebuah perkampungan
yang bukan sebarangan penempatan
dirancang molek struktur dan asasnya
dibina kukuh umpama membina sebuah negeri
itulah ia warisan khazanah kita
di Bukit Peringgit.
Dahulunya di sinilah destinasi
berteduh beberapa legasi Ketua Menteri
dan juga para pentadbir tertinggi negeri
lambang keutuhan Kerajaan Melaka
barisan kehormat menjulang tinggi paksi negeri
Bendera Melaka dipasak kukuh di tiang bendera
dikibar megah angin saksama
berikrar sumpah setia seluruh warga tercinta !
Walau telah berdekad lama
ia masih kekal berdiri di tempatnya
ia akan terus dipelihara dengan seribu pengisian
tanpa dibiar kosong dan dilupakan
bangunan putih itu menjadi aspirasi anak bangsa
hingga kini ia tersergam indah menjadi tradisi
warisan yang perlu dijaga, dipelihara
sebaik-baiknya.
Karya: Fairuzan Abdul Majid
Comments