Ulama Nusantara Syeikh Haji Abdul Latif Tambi




I found this at the Tranquerah Mosque.

Syeikh Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin (Haji Tambi) adalah salah seorang ulama yang berketurunan dari India dan beragama Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1288H / 1872M di Kampung Telok Mas, Melaka dan dibesarkan di Singapura. Beliau juga dihantar ke Mekah oleh bapanya pada usia 8 tahun dan mendapat pendidikan di Mekah selama 20 tahun iaitu dari tahun 1880M hingga 1900M.

Syeikh Haji Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Haji Abdul Lathif Tambi dipercayai seorang ulama yang gigih berjuang sekaligus sebagai seorang saudagar (hartawan) yang dermawan pada zamannya.

Beliau merrupakan ulama yang berpegang teguh dengan Mashab Syafie dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan boleh berkarya. Di antara karya-karya beliau adalah:

1.       Hikayat Rahman, 15 Jamadilawal 1318H/1900M.
2.       Tazkiratuz Sunnatil Basyar bi Ahkami Itsna’ Asyar, 13 Rabiulakhir 1341H/1924M.
3.       Risalah Buat Sementara yang Sebenarnya Kelak Ketara, 23 Jamadilawal 1354H/26 Ogos 1935M.
4.       Dalailul Khairat.
5.       Qiblah Dalail Al-Hairan Fi Jawazi Hadmi Masjid As-Sultan.

Beliau telah meninggal dunia pada hari Jumaat pukul 2.30 tengah malam, 17 Rejab 1358H/I bersamaan bulan September 1939M dan dikebumikan di tanah perkuburan Tengkera, Melaka.

Comments