Cendol Bakar Tanjung Kling, Melaka



Tengahari tadi, saya menghantar anak saya ke mesyuarat "Perarakan Wesak". Sedang untuk menunggu dia di luar tempat mesyuarat, saya pun memantau tempat-tempat di sekitarnya.

Semasa saya membawa kereta Viva automatik di sepanjang Jalan Klebang menuju ke Tanjung Kling, saya tertarik dengan papan tanda yang bertulis seperti ini, Cendol Bakar.

Keinginan saya untuk memantau ke setakat kawasan Tanjung Kling pun tercampur dengan perasaan nak cuba Cendol Bakar. Takut terlupa, apabila saya patah balik, saya kerap teringat dengan Cendol Bakar yang saya mesti rasa hari ini juga. Tak lama kemudian, dengan kelajuan 60 kilometer sejam, saya pun ternampak sebuah masjid yang waris tarafnya. Lampu isyarat untuk mematah ke kiri pun ditunjukkan dan memang betul, masjid tersebut sungguh indah.

Meletaklah kereta Viva saya di bawah sebuah pokok mangga berdepan dengan masjid Tanjung Kling. Selepas mengambil gambar dan video di situ, singgah pula di Makam Hang Tuah. Habis melawat kedua-dua tempat warisan kita, saya pun lekas tuju ke Cendol Bakar.

Tengoklah, betapa sedapnya cendolnya.




Hanya mencuba, anda boleh tahu rasa enaknya.
Post a Comment

Tick if you agree it is a creative addition to Merdeka Parade

I like to stay in a hotel within