Machap Baru di Negeri Melaka, Perkampungan Hakka yang amat indah
Machap Baru di Negeri Melaka
Perkampungan Hakka yang amat indah,
Suasana ceria dalam cerita,
Tiba lah masa kita ke sana.
Kalu sunggah ke Negeri Melaka
Jangan lupa Perkampungan Hakka
Machap Baru menunggu anda
Tunggu apa, jom ke sana
Voice Credit : Sundaram Palani Padiachee
Kenal orang ini ? |
Sebelum mencapai kemerdekaan, Machap Baru hanya ada 1,650
penduduk manakala Machap Umboo berbilangan separuh sahaja. Kini Machap Baru
diduduki seramai 3,000 hingga 4,000 orang, dua kali ganda 65 tahun kemudian.
Perkampungan di Malaysia tidak banyak berbeza walau di mana
pun ia terletak, dan pada masa dahulu, kediaman mereka bercontoh pondok
walaupun saiznya lebih besar.
Pendapatan mereka berpunca dari hasil tanaman sayur-sayuran,
perternakan ayam dan perladangan pokok getah melainkan bagi perkampungan
nelayan yang terletak di muara sungai.
Kebetulannya kalau tidak berlaku Perang Korea yang melonjakkan
harga pasaran susu getah, kehidupan akan menjadi lebih sukar bukan sahaja
kepada orang ramai di Machap Baru malah kepada Melaka. Perang saudara di
Semenanjung Korea berlaku dan tamat semasa perkampung Hakka itu mencatat lebih
kurang 1,500 orang.
Pada masa itu, ayah En. Fu masih muda dan bertinggal di
Lorong 2 dalam perkampungan tersebut, kini amat terkenal dengan Meihua Walk.
Sebab-sebab, sebuah penulisan serupa ini ditulis dalam
Bahasa Melayu adalah kerana #OrangMelaka terdiri daripada pelbagai kaum dan sebanyak
84 jenis perbualan jalanan pernah terjadi di negeri bertuah itu.
Khasnya, artikel ini bertuju kepada golongan peranakan terutamanya
kepada Babah-Nyonya dan masyarakat Chetti dengan asimilasi daripada kaum Cina. Singapura ada banyak Babah-Nyonya yang kaya-raya yang suka perkampungan-perkampungan Malaysia dan berkemungkinan mereka suka melawat Meihua Walk kerana Orang Singapura biasa pergi melancong semasa cuti perayaan. Golongan-golongan ini biasa berbual dalam Bahasa Cina, Hindi dan Melayu selain
daripada Bahasa ibunda. Pernah aku lihat rumah di Perkampungan Chetti dihiasi
dengan Tanglung Tahun Baru Cina apatak rumah orang Babah-Nyonya.
Saya mendengar asal usul Meihua Walk sepetang dengan En. Fu.
Anda nak cuba?
Saya meninjau En. Fu dan anggota komuniti kampung tersebut
bertungkus-lumus dengan persiapan Meihua Walk.
Saya terpikat dengan perasaan kasih-sayang yang terada
sehingga saya berasyik amek gambar dengan ape aje yang ngentam untuk
dikongsikan.
Belajau pulak saya dapat apabila melihat mereka mamasangkan
bunga Meihua, setangkai setangkai sehingga sebuah pokok berimbunan dengan Meihau
yang boleh menggoda hati.
Bergolot-golot lah ke sana sekeluarga menjelang Tahun
Baru Cina untuk menikmati keindahan suasana di situ.
Kini kan musim cuti sekolah panjang, biasa lah suatu tempoh
masa tahunan ramai orang berkhawin, membeli-belah dan makan angin diseluruh
pelosok Malaysia. Kesasakan lalu-lintas pun sudah meningkat dan akan terus
menambah buruk status trafik semasa dengan ketibaan perayaan Krismas, tahun
baru, perbukaan sekolah kalangan tadika serta kelas Darjah Satu dan aktiviti-aktiviiti
penyedian sambutan Tahun Baru Cina.
Pintu Masuk Utama ke negeri bertuah dan bersejarah itu, Ayer
Keroh, Jasin dan Simpang Ampat akan menyambut kenderaan sebuah demi sebuah
milik Anak Melaka yang rindu kampung mereka dan milik bukan Anak Melaka yang
akan menjaminkan angka pelawat pada paras 20 juta orang sepanjang tahun 2020.
Janganlah dedau semasa memandu semasa musim perayaan yang
berdekatan, dan jika kau tersangkut dengan kesesakan lalu-lintas dalam
perjalanan selepas Tol Ayer Keroh.
Sebelum memasuki Lebuh Ayer Keroh yang
semakin sesak, elakkan stress memandu, tukar hala ke kanan dan memasuki Jalan
Durian Tunggal ke Machap Baru. Berseronok di perkampungan situ kejap dan teruskan
perjalanan ke Melaka kendian.
Comments