PELITA RAYA DUN Banda Hilir oleh YB Datuk Tey Kok Kiew
Orang kampung akan bersedia memacakkan tiang-tiang setinggi 1 meter yang disusun jarak antara 1 meter hingga 2 meter, sekeliling halaman rumah. Di puncak tiang akan dipasang papan untuk menempatkan pelita. Ada juga orang kampung yang memaku bahagian atas tiang supaya pelita boleh disangkutkan di situ.
Pelita yang bersumbu akan diletakkan di tiang itu dan kemudian dinyalakan pada malam hari. Sumbu merupakan benang atau kain yang dipasang pada lubang persumbuan pelita. Fungsi sumbu ialah untuk menyerap minyak tanah dari dalam pelita dan mengekalkan nyalaan api pada pelita. Sumbu akan ditarik ke atas sekiranya sumbu itu sudah semakin pendek dek dibakar api.
Hati manusia adalah seperti sebuah lampu minyak tanah, dimana di dalam lampu tersebut terdapat cahaya yang kudus lagi mulia, tetapi semakin lama dimakan usia lampu tersebut semakin malap kerana debu-debu asap yang menebal di dinding-dinding kaca lampu tersebut.
Maka kedatangan Ramadan adalah untuk menyucikan “debu-debu’ yang mengotori dinding-dinding di cermin hati. Sifat-sifat mazmumah, nafsu kebinatangan yang bermaharajalela di hati ditundukkan di bulam Ramadan dengan ibadah-ibadah puasa, solat-solat sunat, tadarus, zikir serta adab sepanjang menjalani ibadah puasa.
Sesudah puas digilap dan disental segala debu-debu dosa, maka kini bercahayalah semula pelita yang dimaksudkan
Maka tiba Syawal bagi meraikan jiwa-jiwa yang bercahaya dan terang bak Nirmala selayak fitrah penciptaannya, maka disambut Hari Raya Aifilfitri.
#Renungan #MelakaBerwibawa #PintarHijauBersih #SayangiMalaysiaKu #MalaysiaBersih 89 #HariKeHariKebangsaan #Merdeka [89 days counting from Monday 3 June]
Comments