Angklung, nikmati dari jarak dekat
Muzium Kapal Selam, Melaka
Hari Sabtu.
16 hb. Disember 2017.
Kalau anda soal
saya, “ Berapa kali sudah engkau melawat Muzium Kapal Selam ? ” Aku akan jawab, “
Termasuk hari ini, sudah empat kali ” Jika anda turut bertanya, “ Berapa kali
sudah engkau menengok persembahan Angklung ? ” “ Hanya dua kali sahaja ! ” ,
jawapan saya.
Teringat
melihat persembahan Angklung di Kuala Lumpur dalam suatu majlis kesenian
agak-agak hampir 40 tahun dahulu. Ketika itu, kumpulan pemain Angklung berada di juah mata tetapi bunyi cukup jelas didengar. Waktu itu, kawan-kawan saya mengajak
saya untuk merayau-rayau di kota bandaraya. Di Muzium Kapal Selam, saya bukan saja boleh mendengar keunikan bunyi irama buluh bahkan saya dapat melihat alat Angklung sedekat jarak satu kaki.
Bunyi dari
alat angklung kepada saya bukan sesuatu yang
aneh tetapi suatu muzik yang
istimewa. Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tuib buluh yang
diikat pada rangka, ancak. Apabila buluh dengan buluh berlaga, bunyi dihasilkan. Oleh kerana, persembahan itu oleh Kelab Angklung Wariseni memikat saya, terilham sebuah pantun seperti ini.
Melawat Muzium Kapal Selam,
Bunyi dihasil buluh belaga,
Angklung dan Muzium bersalam,
Selamat Datang ke Negeri Melaka.
(Pantun hasil nukilan Daniel Ong)
Sebelum
saya membeli tiket berharga RM5 untuk seorang dewasa, saya menyediakan alat
rakaman video di wakaf terdekat. Di sana, saya berjumpa dengan beberapa orang
pemain alat Angklung dan seorang wanita, kononnya cikgu mereka.
Untuk
pengetahuan, Angklung berasal-usul dari Jawa Barat, Indonesia.
Setelah,
pemain-pemain Angklung mengikut cikgu tadi ke dalam muzium, sekeluarga besar
pun berduduk buat sementara di wakaf saya berada. Sebagai seorang blogger, saya
cuma ambil tahu dari mana mereka datang supaya saya dapat menambahkan fakta sebab apa pelawat suka datang ke muzium tersebut dan fakta mereka akan membantu saya semasa saya menulis blog post ini. Seorang lelaki memberitahu
saya bahawa kali ini kali ketiga dia melawat Muzium Kapal Selam dan dia datang
sejauh Perlis.
Masa pun dah
dekat 11 pagi, persembahan pun nak bermula. Saya bergegas ke dalam muzium dan
turut ke pentas situ. Saya tertarik kepada kebolehan pemain-pemain Angklung
pagi tadi dan kesudahannya berada di dalam video YouTube di bawah.
Jika anda
hendak menghubungi Angklung Wariseni untuk persembahan di majlis apa jua pun,
sila rujuk laman mereka di bahagian diskripsi video YouTube di atas.
Persembahan
Seni Warisan ini di bawa khas ke Melaka oleh Perbadanan Muzium Negeri Melaka [
PERZIM ] (www.perzim.gov.my )
Comments