Berjalan kaki semasa bercuti
Johor, Kedah dan Melaka bercuti pada hari ini, Awal Ramadhan. 1438H Ramadhan 1.
Isteri saya tidak berkerja hari dan dia sedang mengelik cili merah kering, menumbuk bawang putih dan bawang merah untuk bekalan sebulan sehingga Syawal bagi seisi keluarga.
Cili dipanaskan dalam wok Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Sementara isteri saya berada di dapur bersama anaknya, Sandra, saya sudah siap menjemur pakaian serta habis menyapu lantai dan lap lantai.
Cili kering merupakan bahan perasa pedas utama kepada Orang Melaka dan biasanya, isteri saya, suka menghidangkan Sambal Belimbing, Sambal Ikan Bilis, Sambal Petai termasuk kadang-kala Sambal Udang.
Apa bila mereka mulai memasak ketiga-tiga bahan tersebut dengan wok yang agai besar, saya pun memula berjalan kaki dari rumah ke sekitar zon warisan utama Melaka.
Selain daripada berjalan kaki demi senaman, saya juga ingin melihat suasana Bandaraya Melaka menjelang Ramadhan dan mengambil gambar-gambar yang cantik dengan menggunakan alat kamera yang berlensa dengan teknologi Jerman.
Ilham mengambil gambar denga lensa Leica diperolehi dari sahabat-sahabat saya yang sudah lamanya berminat dengan seni fotografi sejak zaman persekolahan di Sekolah Tinggi Melaka.
Maka itu, saya telah mengambil gambar pertama untuk hari ini di kedai, Malacca Coconut House yang terletak berhadapan pasar-basah Gan Hong Hoe di Jalan Temenggong atau Egerton Road, nama dulunya.
Kedai Malacca Coconut House Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Berharga Ringgit Malaysia Tiga sahaja, saya dapat gambar seperti tertera di bawah dan juga dapat menghilangkan dahaga sebelum meneruskan perjalanan saya. Pernahkah anda cuba air kelapa di sini ? Jika belum, tonton kesegaran air kelapa di sini.
Selepas situ, saya teruskan perjalan ke gerai Air Kacang Soya bersebelahan Kafe Madras. Saya pun berbual dengan pakcik yang sedang membancuh air kacang soya panas. Lihat gambar ini.
Gerai Air Kacang Soya Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Pakcik itu memberitahu saya bahawa ayahnya yang memulakan penjualan air kacang soya semenjak dia tiba ke Melaka dari negara China. Ayahnya menggunakan "Bamboo Shoulder Pole with Rattan Baskets at both endss to walk and sell the home-cooked soya bean water here and there in the olden days"
Tempat perhentian ketiga ialah di tebing Sungai Melaka di mana saya dapat berduduk sambil merehatkan tangan yang sedang memegan Huawei Mate 9 di atas sebuah meja beralas dengan corak berkotak-kotak merah putih. Gambar ini berkata, "Anda tidak sepuas-puasnya melawati Melaka sekiranya tidak menyusuri Sungai Melaka"
Di tebing Sungai Melaka Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Di hujung laluan jalan kaki tebing sungai, saya pulak mengambil langkat-langkah kesebelah kiri untuk mengambil gambar-gambar seperti tertera di bawah.
Gereja Christ Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Pandangan dari Jambatan berdekatan H & M Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Menara Jam Besar Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Pokok bunga di sekitar Dutch Square Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Bangunan Stadhuy di belakang Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Victoria Fountain Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Pokok Bunga di sekitar Dutch Square Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Comments