Masakan Warisan Negeri Sembilan
Pengenalan Makanan Beradat dalam Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan menyerlahkan ciri-ciri muafat, kesantunan dan nilai budi yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
Ia juga merupakan upacara jamuan di dalam majlis adat istiadat seperti majlis perlantikan penyandang-penyandang Adst dalam Adat Perpatih.
Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Keistimewaan makan beradat menghormati tetamu yang menyandang pesaka adat seperti Dato' Undang, Penghulu Luak, Dato' Lembaga Buapak dan Besar. Di samping itu, majlis ini mewujudkan suasana selesa, harmoni dan mesra.
Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Perlaksanaan makan beradat berlangsung diserambi rumah dan menggunakan alat-alat kebesaran adat iaitu tabir lingkungan, tabir langit-langit, kain silang gunting, tilam pandak, tikar rompok, tepak sirih, dan peminangan yang bertitup.
Photograph of http://generalabout.blogspot.my |
Kawasan di sekeliling serambi dipasang tabir lingkungan sementara di bahagian atas dipasang tabir langit-langit. Kain silang gunting dipasang di setiap tiang serambi rumah.
Tilam pandak pula dibentang secara melintang dihujung serambi menghadap ke pangkal serambi. Di atas tilam inilah tempat duduk Undang, Penghulu Luak dan Lembaga. Buapak duduk di atas tikar rompok yang ditempatkan di pangkal serambi.
Dalam Makan Beradat makanan dihidangkan di atas dulang (jamba). Dulang yang bertutup kemas dengan tudung hidang bertekad ini khas untuk Undang, Penghulu Luak, Lembaga dan Buapak. Sementara itu pinggan alas makan pembesar-pembesar ini diletakkan di atas peminangan berkaki (semerit).
Hidangan ini disaji dengan tertib dan sopan oleh anak-anak buah dan orang semenda yang berpakaian sopan. Untuk meletakkan hidangan, mereka menjejakkan lutut kanan ke lantai dahulu. Dulang ini tidak boleh dibuka sehinggalah kerja-kerja menghidang. Setelah semuanya selesai, Makan Beradat pun bermula.
Dulang hidangan inu tidak boleh ditutup setelah semua tetamu selesai makan.
Selepas majlis jamuan, Ibu Soko tamil merafak sembah Dato' Lembaga dan memberi buah tangan kepada tetamu lazimnya bunga telur.
Comments