Pesta Masakan Warisan Melaka 2015
Berlangsung
semalam, hari ini [ Sabtu 19 hb September 2015 ] dan esok di sepanjang Jalan
Kota, Melaka berdekatan dengan Kota A’ Famosa dan Dataran Pahlawan.
+Orang Melaka minta
ibu-bapa hari ini membawa kamu ke Jalan Kota esok untuk menikmati keenakan
masakan warisan kita. Pengalaman ini amat bernilai kerana warisan kita akan
diperlanjutkan turun-temurun. Jika seorang anak telah menyaksikan masakan
bermacam-macam semasa kecil, maka dia akan mengingati keistimewaan masakan
warisan kita untuk selama-lamanya. Belajar memasak bukan saja tugas wanita tetapi ramai pemasak lelaki telahpun berjaya.
Video
YouTube yang dapat dimuatkan dulu, adalah demonstrasi masakan oleh Carjen Food Sdn. Bhd. [ +Nurul Hikmah +Debit Regmi ] dan
produks mereka telah diterima oleh Australia, Singapura, Arab Saudi, Bahrain,
U.A.E, Hong Kong, Taiwan, South America, Lebanon, Indonesia, Nepal, Brunei,
Papau New Guinea, Reunion Island, Micronesia Island an Kanada.
Selain
daripada Carjen Food, perkongsian masakan warisan secara awam dan beramai-ramai
ini disokong oleh +Perbadanan Muzium Melaka , +Tourism Malaysia , Melaka ICT
Holdings Sdn Bhd, [ +ADABICONSUMER HTO ]Adabi Consumer Industries (M) Sdn. Bhd., dan +Bahagian Promosi Pelancongan Melaka .
Barisan penyumbang lain adalah seperti Daya Malinja, Syarikat Zamaniaga, Gerai
Stadhuys P3, Zen Cleaning, Ammetech Enterprise, Madisma Services Enterprise,
Percetakan Nasional, Kedai Buku Boon Thong, Perbadanan Melaka Holding, Gerai
P8, Gerai P3, Tukang Jahit JASA, CMYCK Distribution, Hotel Puri Melaka,
Sircome, Loh Brothers, Gerbang Sri Minyak, Awada Enterprise, Joy Color Centre
dan Securiforce Sdn. Bhd.
Pengenalan
yang berkait dengan masakan warisan adalah seperti berikut;
"Melaka yang suatu ketika dahulu terkenal
sebagai pusat perdagangan terpenting menjadi tempat berkumpulnya para pedagang
dan hasil dagangan berupa rempah ratus, kain dan pelbagai hasil hutan selain
menjadi pusat pertembungan dan perkembangan budaya dari seluruh Nusantara dan
pelbagai Negara.
Bertepatan dengan slogan Melaka Di Mana
Segalanya Bermula adalah dicadangkan program berteraskan masakan tradisional
diadakan secara berterusan di negeri bersejarah. Melaka agar petautannya dengan
latarbelakang sejarah dan kebudayaan pelbagai kaum di negeri in menjadi teras
utama dan terus dapat dipertahankan dari genarasi ke generasi.
Setiap negeri mempunyai masakan tradisional
yang diwarisi dari nenek moyang dan haruslah diketengahkan kepada masyarakat
dan para pelancong amny lebih-lebih lagi dalam mempromosikan keunikan budaya dan
warisan Negara."
For more
information :
Komplek
Warisan Melaka
Jalan Kota
75000
Melaka
Tel +606
333 3333
Sekapur Sireh
Usaha bersepadu Kerajaan Negeri Melaka melalui
Perbadanan Muzium Melaka [ PERZIM ] untuk
mengangkat martabat masakan warisan negeri
Melaka adalah strategi menarik lebih ramai
pelancong serta merancakkan lagi pertumbuhan
Ekonomi negeri Melaka.
Semoga pelbagai aktiviti yang disusun
bersempena
Pesta ini terus menyemarakkan lagi industry pelancongan
negeri Melaka bertepatan suasana
Kita merayakan Sambutan Ulangtahun Ke-4
Perisytiharan Melaka Sabagai Bandaraya Warisan
Dunia UNESCO selain kita memantapkan usaha
memeliharanya sebagai warisan berharga negeri
Melaka.
YB Datuk Hajah
Norpipah Binti Abdul
Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan
Sebaris Madah
Jutaan terima kasih di atas komitmen dan
kerjasama semua pihak yang terlibat menjayakan
pesta pada kali ini. Sesungguhnya
penganjurannya
merupakan penyambung nadi warisan turun
temurun yang perlu di pertahankan oleh generasi
muda agar tidak hilang di telan zaman.
Semoga usaha ini dapat diteruskan demi
Kesinambungannya di masa hadapan.
YBHG Datuk Wira Hj
Hamdin bin Abdullah
Comments