Jambatan Melaka-Riau 47.8 km


Pembinaan jambatan ini telah pun disebut-sebutkan sejak beberapa tahun dahulu tetapi setakat kini ia hanya tinggal sebagai sebuah impian. Dengan arus Melaka Maju Fasa 2 yang dikejuruterakan oleh Idris Haron, maka impian ini dekat diperbentukan demi kesejahteraan +Orang Melaka  .

Yang Amat Berhormat telah membuat lawatan kelmarin ke Riau dan antara perbincangan yang berlangsung, pembinaan jambatan yang diumunkan pagi tadi tepat masanya dan membawa kegembiraan kepada saya sebagai #AnakAnakMalaysia amnya, dan +Orang Melaka  khususnya. MELAKfm pun tweet pagi tadi. https://twitter.com/melakafm/status/641463947728523265

Jambatan tersebut bukan boleh merapatkan hubungan serumpun sahaja tetapi ia akan menyatu-padukan Melaka dan Riau, namum demikian, memberi faedah kepada peniaga, meningkatan mutu bidang kesihatan,menambah-isikan bilik-bilik hotel, menambah permintaan perbankan dan memajukan kedua-dua belah secara cepat serta ,menyeluruh.

Jambatan ini akan juga meningkatkan bilangan pelawat kepada tempat-tempat warisan @MelakaNegeriKu dengan pelawat bukan saja terdiri daripada penduduk Riau, malah pelancong-pelancongan yang sedang melawat Riau.

Hasil dari pelawatan mereka boleh dilabur kemudian untuk memajukan mutu penyampaian maklumat sejarah dan suasana keselesaan ruang-ruang di sekitar tapak-tapak warisan ataupun muzium yang diuruskan +Perbadanan Muzium Melaka  .

Dengan penggunaan teknologi pintar, transformasi yang canggih di tapak-tapak warisan akan pasti memuaskan pelawat-pelawat masa depan yang suka berinteraktif dengan apa jua mereka lihat.

Selian daripada kebiakan-kebiakan tersebut di atas, jambatan ini akan menghiasi Selat Melaka semasa siang hari atau pun pada sebelah malam apabila lampu sepanjang jambatan mulai menyala selepas Solat Magrib. Ia juga akan menjadi suatu tarikan kepada lalu-lintas Selat Melaka.

Jika kamu melihat peta Semenanjung  Malaysia, tentu kamu akan bersetuju bahawa negeri yang terdekat kepada Indonesia adalah antara Melaka dan Riau. Jarak terdekat ini bermaksud bahawa selain daripada +OrangMelaka yang boleh menikmati keberkatan ini, #AnakAnakMalaysia daripada utara ke selatan, warga Thai dan warga Singapura pun boleh memandu ke Indonesia melalui Jambatan Melaka-Riau. Persinggahan terbaik adalah di Melaka apabila mereka pergi balik dari rumah ke Riau.

Berkat, Cepat, Tepat

Satu ilham kepimpinan YAB Datuk Seri Hj.


Comments