Belajar dengan membaca memang seronok


Ramai menghadapi cabaran bila mereka dinasihat untuk membaca.

Terdapatnya beberapa faktor kerana mereka mendapati perasaan susah bila beringat hendak membaca. Membaca adalah suatu tabiat yang elok dibentuk semasa muda. Setiap hari, apabila engkau memandang di sekeliling anda, kamu akan melihat adanya, alat elektronik, pakaian, benda-benda makan dan minuman selian daripada bahan-bahan bacaan.

Apa yang terjadi, ialah, bahan-bahan bacaan dibiarkan terletak di situ berbulan-bulan sehingga apabila kerja kemas rumah besar-besaran dijalankan sempana kedatangan perayaan. Bahan-bahan bacaan adalah serupa “makanan” untuk minda kita. Itu sebab, berkemungkinan kamu telah terdengar orang kata, “If reading maketh a full man, then lack of it must leave him an empty head”

Hei … +Orang Melaka  carilah kemahuan untuk membaca.

Perpustakaan-perpustakaan yang dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Melaka seikhlas-ikhlasnya mengulurkan semangat membaca setiap hari. Jangan lepas peluang masa terada hari ini.

Semoga kamu Berjaya.



Walau bagaimana pun, +Orang Melaka harus ingat bahawa bahan-bahan bacaan bersumber ilmu di sana sini bukan sahaja berada di rumah kamu, perpustakaan, atau di kedai buku sahaja, malah, contohnya ilmu yang boleh diperolehi di +Perbadanan Muzium Melaka , +Radio Television Malaysia (RTM) , ... sebagai yang masih belum diterokai sebelum minda kamu terlemas di lautan biru.

Boleh tak, kamu teka mana satu kontinjen dalam perarakan +sehatisejiwa serasibersama itu adalah terdiri daripada ahli-ahli Perbadanan Perpustakaan Melaka dalam video YouTube di bawah ?

Comments