Pages

Sehati Sejiwa

Pada tahun lalu, apabila +Orang Melaka beramai-ramai mengunjungi Dataran Pahlawan berdekatan dengan Memorial Kemerdekaan, lagu bertema, "Di sini, lahirnya sebuah cinta" dinyanyikan pada pagi 31hb Ogos 2014.

Tema "Sehati Sejiwa" amat tepat pada masanya kerana orang ramai harus beringat bahawa tanpa kemerdekaan selama 58 tahun, taraf kehidupan kini mungkin tidak semaju sekarang. Dalam mengejar ilmu, pengalaman dan pendapatan, barangkali, kita akan terlupa dasar-dasar yang membolehkan kita mencapai sesuatu setelah merdeka.

Seperti dengan tahun-tahun yang lalu, tahun ini, perarakan kemerdekaan akan bermula di Kota A Famosa. Selepas pembarisan oleh Yang DiPertua Negeri, perarakan ke 58 itu akan melalui Jalan Kota sebelum berterusan ke Jalan Laksamana. Selepas di situ, perarakan akan melalui Jalan Bendahara dan belok ke kiri memasuki Jalan Munshi Abdullah. Setelah dipenghujung Jalan Munshi Abdullah, perarakan akan melintas Jambatan Hang Tuah sebelum bertamat di Stadium Kubu. Orang ramai dijemput untuk menyaksi perarakan kemerdekaan yang ke 58 pada hari Isnin 31hb Ogos 2015.

Baginda Ratu Elizabeth II telah merestui Malaya sebagai sebuah negara yang berdikari setelah England menjajahinya selama 170 tahun sehingga 1957. Sebelum United Kingdom menjajahi Malaya, memang kamu semua sudah pun tahu siapa penjajah-penjajah lain. Kamu bukan sahaja boleh melihat bukti-bukti yang menunjuk zaman penjajahan mereka malah kamu boleh bergambar dengan tempat-tempat warisan yang ditinggalkan oleh mereka.

Maka itu, dari sudut sejarah, +Orang Melaka khasnya berwajib mengambil tahu bahawa penjajah-penjajah itu datang menjajah Melaka semasa Empayar Melaka pesat bekembang pada suatu ketika. Orang-orang barat dan orang-orang timur amat berminat dengan Melaka selepas ia dinamakan oleh Parameswara atas satu peristiwa yang melibatkan seekor pelanduk, seekor anjing, sebatang pokok dan seorang putera.

Jika ibu-bapa berminat menanam semangat cinta kepada negara, haruslah anak-anak mereka digalakkan untuk mengaji permulaannya di Melaka, kerana di situlah, lahirnya sebuah cinta.

Hari Kemerdekaan adalah hari yang teristimewa sekali bukan hanya untuk orang-orang atasan malah setiap +Pendapat OrangMalaysia patut ditumpukan dengan bangga dengan tanah air mereka tersendiri yang bebas dari penjajahan. Mungkin ada yang sudah jejak sejarah kemerdekaan dan ada yang masih berancang untuk memperolehi keterangan selanjut setakat ini. Buat apa jua pun, jika pada Hari Kemerdekaan tahun ini, kamu tidak sempat berada di Melaka, kamu seharusnya bergembira menyambutnya dengan mengibarkan jalur gemilang. 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 58.

Ikuti-lah perkembangan perarakan di sini.

Comments