Mohd Ali Rustam mendekati rakyat
3 Syawal 1436H
Kandang, Melaka
Kandang, Melaka
Malam Ahad, saya dan isteri menghadiri jamuan perkahwinan anak adik ipar di Holiday Inn Melaka. Turut bersama dijamuan itu adalah Dato Sri Liow Tiong Lai dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Idris Haron.
Oleh demikian, saya hanya dapat tahu pada lebih kurang 11.30 semalam bahawa emak kepada seorang kawan telah meninggal sebelum Magrib. Ho and Ong pun menziarahi keluarga itu sebelum tengah malam semalam.
Saya berucap "Takziah" apabila tiba di rumah Mutalib pada pagi Ahad dan seterusnya memberi penghormatan kepada emak dia.
Sejam kemudian emak dia dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, jenazah di bawa ke Masjid Alai untuk disolatkan.
Apabila saya keluar dari perkarangan masjid, saya nampak Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam sedang bersalam dengan orang ramai. Beliau mengikut orang ramai ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari Masjid Alai.
Di situ, sekali lagi, saya nampak Mohd Ali Rustam membawa diri mendekati rakyat. Sudah lama dan sentiasa, saya dapat lihat Mohd Ali melakukan tugas itu.
Comments