Pertandingan Suara Burung
Pagi tadi, di Taman Rekreasi Tun Fatimah, Bukit Serindit, Melaka, antara satu daripada beberapa acara sempena ulang tahun Melaka Bandaraya Bersejarah, Pertanding Suara Burung telah berlangsung.
Walaupun hujan renyai-renyai, acara pertandingan burung itu tetap berjalan dengan lancar.
Terdapat ramai peserta-peserta bertanding dalam acara tersebut dan ada peserta datang dari sejauh Thailand.
Comments