1 Panduan Bekerja Semula

Barisan Nasional amat prihatin kepada rakyat dan dengan 1 Panduan Bekerja Semula, pesara kerajaan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan semula sepenuh masa, separa masa atau shif ataupun bekerja dari rumah.

Sila berdaftar di http://1mcsrs.jpa.gov.my

In English Language, we called this support by the National Front Government, the 1 Malaysia Civil Service Retirement Support.

Apakah itu Panduan Bekerja Semula ?

Panduan Bekerja Semula merupakan satu daripada teras perkhidmatan di bawah inisiatif 1Malaysia Civil Service Retirement Support bati membantu pesara dan bakal pesara Kerajaan yang berminat untuk bekerja semula mendapatkan pekerjaan.

Apakah 1 Malayisa Civil Service Retirement Support ?

1MCSRS merupakan satu projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyediakan satu perkhidmatan yang holistik kepada pesara dan bakal pesara Kerajaan untuk memastikan kebajikan mereka terjamin. 1MCSRS memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu, kelangsungan kesihatan, panduan bekerja semula, pembangunan keusahawanan, pengurusan kewangan dan kesejahteraan pesara.

Perkhidmatan ini untuk siapa ?

Semua pesara dan bakal pesara Kerajaan termasuk pesara tentera.

Apakah jenis pekerjaan yang boleh diperoleh ?

Pekerjaan dalam pelbagai sektor sama ada secara sepenuh masa, syif, separa masa atau bekerja dari rumah. Pemadanan pekerjaan akan dibuat berdasarkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan bakar sedia ada pesara dan bakal pesara serta bergantung kepada permintaan daripada piha majikan. Sekiranya pesara atau bakal pesara memerlukan kemahiran baharu bagi mendapatkan pekerjaan, mereka boleh memilih latihan kemahiran tertentu yang ingin dipelajari di institusi latihan kemahiran awam yang terlibat dalam inisiatif ini. Untuk keterangan lanjut sila layari Portal 1MCSRS di http://1mcsrs.jpa.gov.my

Bagaimana untuk berdaftar ?

Layari Portal 1MCSRS di http://1mcsrs.gov.my dan klik di ikon Bekerja Semula untuk berdaftar secara atas talian.

Comments