Tun Ghafar Baba - Negarawan Yang Berjasa



On Mobile
#melaka #malacca

Betapa susah sengsara hidup kau,
Di kala kau kecil lagi,
Itu semua ujian belaka,
Sebagai negarawan yang berjasa.

Keperitan kehidupan kau itu,
Menjadikan kau seorang pemimpin berjaya,
Keperitan hidup mahrin kau bela,
Kau jadi sebutan dan kesayangan ramai.

Kau adalah benar-benar tahu,
Betapa susah sengsara petani dan nelayan,
Yang tinggal di kampong-kampong,
Kerana kau peminpin sejati orang kampong.

Kesedaran dan keinsafan kau itu,
Kau tampil membelanya,
Dengan pemantauan pelbagai usaha,
Membawa keluar kempompong susah sengsara.

Hasil usaha perjuangan kau itu,
Hari ini bangsa kau telah berjaya,
Tidak kurang kejayaan dengan orang lain,
Dahulu tiada harga kini dipandang mulia.

Hari ini kau telah pergi tiada kembali lagi,
Tetapi sewaktu hidup kau banyak budi dan jasa kau tabur,
Budi dan jasa kau tetap tercatat dalam lipatan sejarah.

Tiada apa yang dapatku beri,
Hanya berdoa kepada Ilahi,
Semoga roh kau di tempatkan,
Dalam golongan shuhadah.

25 April 2006
Nukilan,
Dato' Hj Mohd Yusof bin Abd Latif
Mantan
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
Darul Ehsan

Sumber
Galeri Tun Ghafar Baba
Arkib Negara Malaysia

Comments