Merdeka 57 Perarakan 2014



On Mobile
#Semarakan #Facebook #WhatApps 

Video Size | Mobile Phone Format


Selepas pembarisan, ikrar dibaca oleh penuntut Sekolah Tinggi Melaka ataupun Malacca High School. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1826. Ikrar itu Rukun Negara. Kemudian ia diikuti dengan nyanyian Negara-Ku.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini bertajuk "Di sini, lahirnya sebuah cinta". Berkongsi dengan kawan-kawan mu dan niat berkongsi itu juga merupakan sebuat perbuatan cinta.

Kontinjen-kontinjen pun mula perarakan Hari Kemerdekaan ke 57 dari depan Memorial Kemerdekaan dekat Kota A'Famosa apabila persembahan kebudayaan dilakukan.

Suasana di Dutch Square cukup betenang dan segar pada pagi itu dengan orang ramai berperasaan gemilang dapat menyaksikan perarakan tahun ini. Langit indah berseri. Warong menjual cendol sudah dikujungi oleh ramai orang yang suka mencuba rasa gula Melaka. Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri-negerinya turut dikibar di sekeliling bumbungnya.

Disebelah jalan, bendera Malaysa dan bendera Melaka dikibar di balkoni Galeri Seni Lukis atau Melaka Art Gallery sepanjang tahun. Beca-beca berhias menarik pelawat ke Dutch Square tertarik sehingga anak-anak meminta ibu-bapa mereka dengan beca.

Tidak jauh ke kanan galeri tersebut tua dan muda berkumpul demi ketibaan kontinjen-kontinjen dan yang ada suka berduduk malahan ada pula berdiri di sekitar Queen Victoria Fountain. Bukan sekadar bangunan, menara jam, ataupun fountain di situ menjangkau ratusan tahun tetapi pokok-pokok juga berusia ratusan tahun. Di sini, cinta kepada kemerdekaan sentiasa diperingati kepada sesiapa yang berlalu tidak kira dia berjalan kaki, berbasikal, walaupun berkereta.

Pegawai polis bermotorsikal bersedia di Menara Jam Besar untuk memberi isyarat kepada orang ramai ketibaan kontinjen-kontinjen.

Pasukan pertama berbaju putih dengan panji-panji tentera mendukung bendera besar Malaysia. Ia diikuti oleh pancaragam Sekolah Tinggi Melaka yang telah berlatih bersungguh-sungguh sebelum ini.

Berbaju merah, puth, biru dan kuning, kontinjen selepas itu adalah dari Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Di belakang adalah kontinjen dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kontinjen itni amat kreatif. Adanya mascot monyet. Baju-baju tradisi semua lapisan rakyat Malaysia menuju ke depan sebaris demi sebaris dari belakang manakala baju zaman Hang Tuah dan zaman Laksamana Cheng Ho mengambil baris pertama. Apabila saya sedang merakam video pada saat itu, kawan baik saya pun bertanya, "How are you". Perarakan hari melalui Jalan Laksamana ke Little India dan belok ke kiri ke Jalan Munshi Abdullah selepas Jalan Bendahara.

Kadet Remaja Sekolah atau KRS berbaju hijau menuju ke depan dan ia dianggotai oleh pemuda wanita disertai Kadet Polis Sekolah di belakang dan disambung dengan pasukan Puteri Islam yang berbaju jambu merah dan putih. Belakangnya pasukan Pandu Puteri.

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka berbaju hitam dan merah. Gerakan Belia 4B Bukit Piatu Utara berbaju nusantara dan mereka banner "Al-Fatihah" #MH17 dan #MH370 Semoga Mereka Di Tempatkan Di Golongan Orang-Orang Yang Beriman". Ramai orang mengambil gambar dengan pasukan ini.

Seperti biasa, pasukan St, John Ambulan diiringi oleh pasukan Kadet Bomba Sekolah Menengah dengan kontinjen Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ di belakang. Pasukan Pusat Zakat Melaka dianggotai oleh wanita berbaju kebaya merah, bertudung merah manakala lelaki berbaju Melayu merah dan sampin merah.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dianggotai oleh perempuan dan lelaki beseluar putih dan baju kuning. Manakala, Yayasan Melaka mempersembahkan kontinjen mereka dengan baju kurung hitam untuk perempuan dan seluar hitam untuk lelaki dikemas oleh baju Melayu putih.

Berpuaslah diri seterusnya dengan menonton video YouTube di atas.

Kami berterima kasih kepada YouTube dan juga mengenang jasa pengasasnya, Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim kerana dapat mempaparkan video Perarakan Merdeka ke 57 untuk ditontoni di seluruh dunia.

We thank YouTube and appreciate the initiative of its founders, Chad Hurley, Steve Chen and Jawed Karim for enabling the video of Parade Merdeka 57 watchable by Malaysian anywhere in the world.

Here, a love is born.
Malaysia.


Comments