Bukan Hanya Sekadar Cinta
On Mobile
#DiSiniLahirnyaSebuahCinta
#DiSiniLahirnyaSebuahCinta
Semua orang suka kebebasan. Tetapi bukan ramai tahu menikmatinya. Ramai juga mungkin tidak erti rasanya jika dijajah orang.
Sebab itu, kita harus mengambil tahu dari mana kita telah memperolehi kebebasan dan semaikan jiwa kemerdekaan kepada orang muda supaya mereka akan turunkan kepada cucu-cicit mereka.
Di Sini, Lahirnya Sebuah Cinta memang merupakan satu pembuka mata kepada semua bagi kita untuk maju ke depan.
Segala pembentukan untuk masa depan harus mengandungi ciri-ciri cintai kemerdekaan kerana pengorbanan yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh kita sebelum ini akan sentiasa diingati.
Antara contoh pengorbanan terbaik ialah perarakan wanita berbatu-batu jauhnya untuk menuntut kemerdekaan oleh Tan Sri Aishah Ghani.
Wanita tua muda, yang mendukung anak pun ada, dan mereka rela melibatkan diri dengan Aishah demi kebebasan dari orang asing.
+Orang Melaka amat bersyukur dengan peristiwa gemilang ini.
Comments