Warisan De Muara Kita No. 2 | Crystal Bay, Alai, Melaka



On Mobile
Pada tahun lepas bersamaan 1434H, kami bermakan malam di Alai pada suatu malam dalam bulan Ramadan. Kali ini, kami berjumpa lagi dengan ahli-ahli keluarga di tempat yang sama pada malam Ahad, Syawal 20, 1435H.

Beberapa hari sebelum itu, kami berhubung antara satu sama lain untuk memilih tempat makan malam kita. Dua pilihan; masakan Korea atau masakan kita. Mengikut citarasa kita, tidak luarbiasa bila kita menuju ke Warisan De Muara Kita No. 2 bertempat di Crystal Bay, Alai, Melaka.

Di sana, kita boleh memilih bermacam-macam jenis makanan laut termasuk saiz hidangan yang mencukupi untuk semua di meja.
Udang masak butter cereal dihidang dulu. Kicap hitam bercampur jus limau dan bawang besar, mengharumi udang kental bila digigit. Chef situ, meski pun sibut di dapur pasti kita dapat lauk terbaik untuk di makan bersama nasi lemak.

Kailan masak ala kampung sememangnya sedap. Sotong goreng tepung sangut rangup walaupun daging sotong tinggal putih dan kental. Daripada menggunakan sudu dan garpu, kita pun bermula dengan tangan kerana memerah sotong dalam kicap hitam menambahkan rasanya.

Sehingga menjilat jari, kita mencubit kupang masak halia dan kerang masak sambal ditambah nasi lemak dibungkus dengan daun pisang dari dapur.  Enaknya bila disusuli dengan Ikan Pari Sambal Bakar.


Belum cuba belum tahu.

Comments