Melaka Di Abad ke 15

Dari samudera barat daya sampai ke
Tiongkok alam menyambung,
Bejuta tahun sama-sama dirahmati langit
Dan bumi dengan berkah dan untung.
Bersebati mesta disinari surya dan
Cendera dengan cahaya nan lembayung,
Bertumbuh subur rumput pokok disirami
Hujan dan embun yang melindung,
Bersemarak kesuma kencana memancarkan
Warna-warni kilau nan membumbung,
Nun disitulah berdiri sebuah negeri dengan

Rakyatnya yang menjunjung adat agung.

Rajanya bijak dan adil tiada lalai dating berkunjung,
Berikhtiar lebih dari jirannya mematuhi
Adab anggun yang dijunjung.
Keluar masuk diarak pengiring dengan
Berapit paying-mayung,
Adat dan resam moyang dengan khidmat
Sentiasa dipanggung.
Syandan bersuratlah pada batu mulia
Memuji bakti setia nan tak pernah urung,
Di bukit barat negerimu bertegak megah
Selama peredaran dunia berlangsung.
Penjaga gunung dan latu bagaikan pengawal
Selalu taat mendukung,
Nenek-moyang berkenan turun bermukim
di alam yang bercakrawala lengkung.
Dinaungi nujum mulia negerimu kian hari
Kian makmur beruntung,
Dan anak cucumu sekaliannya bertuah
Bahagia tiada berhujung.
(Terjemahan Laing Liji)
Terbitan Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia

Comments