Teringat pula Tahun Baru Cina - Warisan
Semasa berada di bangku sekolah, terbaunya kewangian yang kerap melanda bilik kelas apabila cikgu sedang mengajar. Kadang-kadang wangi yang harum itu boleh membawa ingatan saya kepada aktiviti-aktiviti persiapan setiap sebelum menyambut tahun baru Cina.
Walaupun keharuman itu terhidu kembali, tak dapat pula apakah kuih-muih yang sedang dibuat oleh penghuni rumah setengah batu-bata yang terletak disebelah kiri sekolah. Pada masa itu, keluarga di situ berketurunan Baba-Nyonya. Ketiga anak gadis sering keluar masuk rumah semasa mengemas rumah apabila Tahun Baru Cina semakin mendekat. Amboi ! mereka memang cantik. Zaman itu, gadis kurang membawa kereta di Melaka. Setiap kali nyonya menaiki kereta Mazda Capella, budak-budak kelas saya akan pandang sehingga kereta yang bernombor 808 tersebut hilang kelihatan di hujung Jalan Chan Koon Cheng.
Adakah dia orang buat, Kuih Bangkit ?
Petang itu, mak bersama saya pun menuju ke Kampung Jawa. Kita nak cari acuan berbentuk daun dan bunga untuk mengganti yang tidak elok. Acuan yang diguna untuk membentuk Kuih Bangkit diperbuat daripada tembaga merah. Tingginya adalah lebih kurang 10 mm. Lebar panjangnya adalah lebih kurang 30 mm atau luas sekuntum bunga. Di Kampung Jawa terdapat macam-macam barang-barangan keperluan kita semua. Tidaklah hairan dengan kelebihan Kampung Jawa kerana ia terletak di sepanjang Sungai Melaka, agak-agak 10 minit dari Muara Sungai Melaka jika saudara-saudari menaiki perahu di jeti berhadapan Casa del Rio.
Sungai Melaka kini tak serupa dulu. Masa itu, terpaksa setuju-lah kerana orang Melaka menerima kenyataan 'Sleepy Hollow' ataupun 'Mengantuk dan tak berisi'. Cuba-lah kamu menaiki 'The Melaka River Cruise' yang mengambil masa berulang-alih lebih kurang 45 minit sehingga Taman Rempah dan selepas itu, muatlah komen-komen engkau di sini. Oh ye, jangan sekali-kali pun terlupa membawa kamera supaya sanak-saudara di kampung dapat melihat warisan Sungai Melaka dalam kaca skrin kamera.
Selepas azan magrib, kita adik-beradik pun membentuk macam-macam daun dan bunga dengan doh yang disaipkan mak sebelum matahari terbenam. Mak akan mengingat kita memakai pengepit demi penghiasan daun bunga. Sebiji-sebiji, kita menyusun doh kuih bangkit berdaun dan berbunga di atas piring besar kecil sehingga larut malam.
Sekali-sekala, mak akan menegur kita apabila dia ternampak pembentukan doh daun dan bunga yang dikehendaki tidak memuaskan. Mak telah cuba banyak kali sebelum itu. Barangkali, mak belajar daripada memakan kuih bangkit yang dibeli di rumah seorang nyonya di Ujong Pasir. Dia merasa citarasa peranakan dan cuba berulang membuat kuih yang disukai ramai. Akhirnya, mak berjaya.
Setiap piring yang dikeluarkan dari periuk pembuat kek, mak akan menyerah kepada kami untuk 'tiam' merah dengan sebatang kayu lidi. Secara berhati-hati, 'tiam' merah akan ditanda pada kuih dan dibiar kepanasannya menurun kepada suhu bilik. Sementara itu, kotak-kotak besi akan dipersediakan dengan kertas pelapis. Kini, kotak tersebut tiada lagi kerana Cream Crackers telahpun menukar pembungkusannya kepada plastik.
Apabila kuih bangkit di atas piring tidak berpanas lagi, ia disusun dengan teratur kerana sanak-saudara akan memerhati keseniannya bila mereka memilih corak bunga yang diminati. Adalah suatu kebiasaan bila tetamu nak kuih bangkit, barulah mak saya buka penutupnya. Inilah kerana kuih bangkit akan cepat jadi lembit bila terdedah kepada udara.
Kisah kuih ini sudahpun lama tersirat sebagai warisan keluarga saya sebelum Melaka Bandaraya Bersejarah diiktirafkan ketaraf bandar warisan UNESCO sedunia. Malahnya, kuih bangkit sudah meneratkan kasih-sayang ibonda dan anakandanya serta sanak-saudara sejak tahun keempat-puluhan pada millenium sebelum ini. Kuih Bangkit memang boleh menjalin silaturahim antara kita dan kesenian makanan ini berjaya merebut taraf makanan berwarisan di Melaka. Tuan-Tuan dan Puan-Puan boleh cuba citarasa Kuih Bangkit di Jonker Walk, Melaka.
Maka itu, dengan izin, 'we welcome you to taste our heritage kuih bangkit in Melaka and we like to wish you, Selamat Datang. '
Every Melakan know that the Chief Minister, YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron is working hard to make you stay in Melaka a pleasant one.
Visit Malaysia 2014

Comments