Persembahan Tarian Oleh Ayah Manja





Pada 29 Mac 2014, pergilah beramai-ramai ke Pusat Hang Tuah untuk menyaksikan persembahan tarian oleh Kumpulan Anak Manja. Persembahan tersebut akan bermula tepat waktu
11.00 pada sebelah pagi dan 3.00 petang.

Saya telah rugi tidak mengetahui bahawa adanya persembahan tradisi itu pada hari Sabtu yang lalu apabila melawat Pusat Hang Tuah. Walau apa pun, saya dapat menikmati cara memukul gendang bersambilan ahli pemain muzik. Ketika saya sedang merakam video untuk muat-naik ke saluran youtube Melaka, dua lagu dinyanyikan. Sebuah lagu bernama 'Berkorban Apa Saja' dan sebualh lagi bernama 'Selamat Pengantin Baru' 

Pusat Hang Tuah adalah satu-satunya tempat yang mest dilawati oleh setiap rakyat Malaysia kerana sejarah yang dipaparkan amat berilmu kepada kita. 

Sekiranya, guru-guru sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia dapat menjadualkan lawatan murid-murid ke Pusat Hang Tuah, mereka akan lebih berminat semasa belajar sejarah di dalam kelas.

Pusat ini boleh memberi motivasi serta semangat kepada setiap pelajar kita.








O0 







Comments