Pokok Melaka, phyllanthus emblica

Melaka telah diasaskan pada awal kurun ke 14 oleh Parameswara, seorang putera raja Sumatera yang hidup dalam buangan. Menurut lagenda, apabila Parameswara sedang berehat di bawah sebuah pokok ketika membaru, seekor pelandok putih telah menendang hidung anjing pemburuannya semasa cuba mempertahankan diri.

Kagum dengan keberanian pelandok tersebut yang dianggap sebagai suatu petanda baik, Parameswara pun membuat keputusan untuk mendirikan kerajaannya di situ dan menamakannya sempena pokok di mana dia berehat, iaitu pokok Melaka.

Apabila, kamu melawat Melaka, alangkah sayangnya sekira peluang melihat pokok itu tidak dilakukan. Senangnya, jika nak lihat supaya puas hati seumur hidup ... ... pokok itu. Naiklah perahu Sungai Melaka dan pandanglah pokok Melaka di tepi sungai.

Selamat menjejaki sejarah permulaannya.

Comments