Malacca High School Reunion # Seri Malaysia Sat 26 Oct 2013

Last night, about 100 and over old friends who have studied in Malacca High School or Sekolah Tinggi Melaka during the period 1979 ... 1983, 1984, 1985 turn up with more than 15 retired teachers to get connected. They are performing the duty of Silaturahmi.

Prominent teachers who attended are Encik Rejab, Mr. Low Cheng Kim, Mr. Teja Singh, Mr. Dass, Mr. Chan Ying Tat ... to name a few.

To salute their act of love, and to keep the event on record, the 1983 School Diary is posted as a memento.

Dairi Sekolah 1983

Jan 13
Sekolah dibuka semula bagi penggal pertama 1983.

Feb 13
Tahun Baru Cina. Sekolah ditutup selama dua hari.

Mac 20
Keputusan STPM diumumkan. Peratus pelajar yang mendapat 5 prinsipal ialah 21.2 %.

Mac 31
Keputusan SPM diumumkan. Peratus pelajar yang lulus ialah 82.5 %.

Apr 8
Acara merentas desa tahunan diadakan di padang sekolah pada pukul 8.00 pagi. Cuti penggal pertama juga bermula pada hari ini.

Apr 25
Setelah tamat cuti penggal pertama, ujian tara diadakan selama seminggu.

Apr 29
Encik Chin Kim Yoon, seorang guru Sekolah Tinggi Melaka telah meninggalkan sekolah, untuk bertugas di Singapura. Usaha dan dedikasi Encik Chin tetap dikenangi.

Mei 3
Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah mendaftarkan diri. Pada tahun itu, terdapat lima kelas sains dan empat kelas sastera.

Mei 16
Perayaan Hari Guru di peringkat sekolah disambut dengan meriahnya. Tema Hari Guru pada tahun itu ialah "Kepimpinan Bertauladan Teras Pendidikan"

Mei 24
Perayaan Hari Guru peringkat negeri Melaka telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tambi Chik di Dewan Sekolah Tinggi Melaka.

Mei 25
Seperti tahun-tahun yang lepas, "Jumbo Sales" diadakan di Pusat Sumber Umum bagi mengutip wang untuk membeli alat perlengkapan perpustakaan.

Jun 6
Majlis Sukan Tahunan Sekolah dilangsungkan di padang sekolah pada pukul 3.00 petang. Pasukan Van Dieman muncul sebagai johan dua tahun berturut-turut.

Jun 8
Sekolah ditutup kerana meraikan Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama Melaka, Tun Syed Zahiruddin ibni Syed Hassan Al Haj. Pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah telah menghadiri upacara pembarisan di Padang Pahlawan.

Jun 18
Mesyuarat PIBG telah diadakan di Pusat Sumber Umum.

Jun 25
"A Gift of Song" yang dianjurkan bersama oleh Kelab LEO dan HSLA telah diadakan di dewan sekolah.

Jul 12
Sekolah ditutup selama seminggu sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Jul 20
Perlantikan pengawas-pengawas baru di dewan sekolah. Seramai 23 orang pengawas baru berikrar memegang jawatan pengawas.

Jul 21
Sidang Pengarang mula dibentuk dan ditugaskan menyiapkan majalah Optimist 1983.

Jul 22
Peperiksaan Pertengahan Tahun dijalankan selama seminggu bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 4.

Jul 23
Persatuan Ugama Buddha menganjurkan pertunjukkan "Variety Night"

Jul 25
Lisan Bahasa Malaysia SPM.

Jul 29
Cuti penggal kedua.

Ogos 15
Penggal ketiga. Peperiksaan Akhir Tahun dimulakan.

Ogos 24
Pertandingan Pidato Bahagian Zon Selatan dilangsungkan di dewan sempena perayaan Hari Kebangsaan.

Sept 3
Dua buah komputer jenis "Apple II" telah dibawa masuk ke dalam sekolah. Komputer-komputer ini adalah untuk Kelab Komputer yang baru ditubuhkan.

Sept 24
Berbagai projek memungut derma untuk membiayai pembelian mesin buah pinggang dilancarkan. Mesin ini adalah untuk seorang guru ....

Okt 27
Pendermaan darah oleh pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka. Seramai 53 orang termasuk guru telah menderma darah kepada Perkhidmatan Permindahan Darah Hospital Besar Melaka.

Nov 11
Cuti penggal ketiga. Calon-calon SPM dan STPM bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.


Muka Surat 42 dan 43
Majalah Sekolah Tinggi Melaka, The Optimist
62nd Issue 1983.



Comments