Ramadan 2018/1439H, Berbuka Puasa di The Settlement Hotel



Bertempat di Lower Dining @ The Settlement Hotel, golongan peminat makanan akan berkumpul pada Jumaat 6hb April 2018 jam 7 malam. Mereka akan menilai selera makanan-makanan yang diminati dan disediakan semasa Bulan Ramadan supaya orang ramai akan puas berbuka puasa di situ.


Tema tahun ini adalah "Buka Puasa Selera Kampung Ku"


Sotong Kalio cukup rasa,
Buat berbuka sama sahabat,
Bulan Ramadan sebulan masa,
Iman dan taqwa mencari tempat.

Menjamu selera hidangan hotel,
Masakan enak selera kampung,
Buka puasa di Settlement Hotel,
Mesra terjalin harus disambung.

Sebuah Pantun khas di ilhamkan oleh penulis Blog ini (Daniel Ong) selepas menjamu selera semalam di Ujong Pasir demi berdedikasi kepada The Settlement Hotel.

[ Tonton video di bawah untuk lihat apa jenis makanan yang akan dihidangkan ]


Jpeg Image of About Blog @url https://generalabout.blogspot.my


Gunalah peta sini untuk menuju ke The Settlement Hotel.




Walaupun, tarikh bermulanya puasa masih jauh lagi, pihak hotel tersebut amat prihatin dengan selera buka puasa. Oleh kerana itu, Cik Pauline Chua bersama-sama dengan chef-chef dan pelayan-pelayan hotel itu telah mengaji jenis-jenis makanan yang sesuai untuk membuka puasa sebelum saya menulis blog post ini. Mereka bersedia menerima nasihat serta komen pada malam majlis "Prebiu Buka Puasa Selera Kampung Ku" di mana para hadirin akan terdiri daripada semua lapisan masyarakat.


Sila kembali ke sini untuk dapat tahu apa yang akan di sediakan semasa Ramadan ...






Baru baru ini, The Settlement Hotel telah di anugerahkan Servis Hotel Terbaik pada hotel bertaraf 4-Bintang bagi tahun 2016/2017.


Bagi seluruh Negeri Melaka, Pengurus Besar hotel tersebut memberitahu saya bahawa Majlis Prebiu Makanan Buka Puasa Selera Kampung semalam merupakan prihatin sebuah hotel kepada semua Muslimin dan Muslimat.


Hotel itu juga merupakan sebuah hotel yang terulung dan yang pertama mengadakan Majlis Prebiu Makanan Buka Puasa lebih daripada sebulan lebih awal sebelum bulan Ramadan bersinar.



Comments