Kenapa Kampung Morten perlu lebih ramai pelawat ?


Telah pun  dikotakan dalam sejarah bahawa Kampung Morten diikhtiarkan sebagai sebuah kampong di mana penduduknya akan tetap berumah-tangga di situ selama-lamanya. Kampung itu kaya dengan adat resam orang Melayu yang diwaris turun-menurun dari nenek-moyang.


Seni dan budaya kampong itu amat menarik bukan sahaja kepada orang tempatan malahnya, orang-orang asing mengambil kesempatan untuk memahami keistimewaan kampong itu. Dengan kebijaksanaan peminat-peminat seni, budaya dan tradisi orang kampong, mereka telah berkorban untuk membuka tirai kampong situ kepada orang ramai. Mereka telah menyampaikan sejarah kampong itu kepada ramai pelawat hanya dalam tempoh setahun dua.


Walaupun, bilangan pelawat yang telah mengunjungi kampong itu makin meningkat setelah diiringi oleh pemandu pelanncong yang berpengetahuan [Video 1 Video 2]. ia masih belum mencapai 1,000 pelawat sehari. Anggaran jumlah seribu sehari itu boleh dicapai apabila semua pihak dalam industri pelancongan berkerjasama dan berusaha menjadikan angka itu suatu kenyataan.


Jumlah seribu sehari pelawat ke Kampung Morten boleh :

1.       Menambah pelangan peniaga makanan. Video
2.       Menambah pelangan di Restoran Melayu. Video
3.       Menambah pelangan monorel. Video
4.       Menambah pelangan HomeStay.
5.       Menggalakan pelancong memilih The Pines Hotel, The Majestic Hotel ataupun The Swiss Garden Hotel  sebagai tempat penginapan mereka.
6.       Meningkatkan lagi mutu perancangan pembangunan projek-projek baru di kawasan-kawasan situ.


Dahulu, pelancong dari luar boleh dikatakan masih beragu-ragu dan berasa terasing dengan Kampong Morten tetapi selepas adanya program pemandu pelancong pada Isnin, Rabu dan Jumaat, mereka berminat dengan adanya peluang untuk menarujui sebuah kampong yang dulunya tertutup kepada kaum sendiri sahaja. Program Pemandu Pelancong tersebut mengambil masa sejam setengah bermula dari 5.00 petang sehingga 6.30 petang tiga kali sahaja dalam seminggu. Pada pendapat saya, usaha itu jauh daripada mencukupi kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk kampong itu bergelaran sebagai suatu tempat tarik pelancong antarabangsa.



Sila undi di bawah.




Loading...

Comments