Santai Malam Minggu Dataran Keris


Alor Gajah Progresif tanpa terburu-buru sejak bandar itu dinamakan pada kurun ke-12 setelah seekor gajah putih memimpin sekumpulan gajah liar menurut alur sebatang sungai di situ. Jika anda nak tahu selanjut sejarah Alor Gajah, sila baca di sini.


Tujuh belas hari yang lalu, saya berancang nak ke Dataran Keris itu untuk santai malam minggu setelah Instagram Fabulous Melaka mempaparkan program itu.


Setelah balik dari Alor Gajah, saya pun bermula menulis di sini demi berkongsi kepada orang ramai keunikan Dataran Keris pada malam minggu.


Memandu turut-menurut dalam tempoh masa yang lama boleh membuatkan tubuh anda menjadi penat. Berhenti dan berehat sekajap di tempat yang sesuai memulihkan tenaga untuk terus memandu. Dataran Keris, saya syorkan apabila sebelum anda berlepas di Tol Simpang Ampat atau setelah anda memasuki tol tersebut untuk menuju ke Bandar Bersejarah Melaka.


Sebelum senja saya tiba di Dataran Keris dan terus merakam video Cucuk Cucuk Steamboat yang menyediakan banyak pilihan gemar orang ramai.


Di bahu Dataran Keris, ada secukup bilangan kereta mainan berbateri kanak-kanak menarik dan akan pasti buat mereka gembira pada malam minggu.


Gerai pertama dikujungi  saya dilayan oleh Aida. Aida ada serbuk pencuci kosentrasi tinggi untuk menghilangkan kesan kotor. Saya yakin dengan serbuk itu kerana ia :
  • 3 hari rendaman tanpa bau hapak dan busuk
  • hilangkan kotoran degil
  • anti lekat semula pada pakaian
  • mudah digosok
  • kurang buih
  • mesra alam
  • haruman berpanjangan


Di atas kawasan yang cukup luas dan berhijau, terdapat ramai kanak-kanak bersuka-ria dengan tiupan gelembung sabun berbentuk bulat gembul-gembul dengan warna pelangi bersilau-silau.


Adanya Food Truck, dan lain-lain lagi walupun saya cuba sebungkus nasi lemak daun pisang, ayam goreng berempah dan bihun Anor. Meja dan kerusi di sediakan di tengah dataran tersebut menghadap ke pentas.


Semasa menjamu selera, pentas Dataran Keris bermula menghidangkan lagu-lagu untuk berhibur orang ramai.


Nasi lemak ada telur goreng, ikan masin; bihun Anor tak keras pun tak lembut tapi kental, sup nya lazat pedas dan jelas manakala ayam goreng setelah dimakan ingat mahu tambah.


Pegawai MPAG menyeru saya merasai kuih udang best dan famous dikata orang, “Sedap nak mampuih” Wow ! … bukan aje syok, tapi kental fish cake nya, tauhu dicampurkan ditambah hebat dengan sos super seeedap … tak cuba tak tahu


Bila anda mahu bawa kanak-kanak ke sana ? Para-sahabat pun boleh santai di sana. Inilah pantun Alor Gajah :


Adat Minang dijunjung sudah,
Adat Temenggung tidak dilupa:
Selamat dating ke Alor Gajah

Bandar progresif lagi ternama.


Post a Comment