Sultan Muhammad V Melawat Melaka



Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sembah Taklimat Pembangunan Negeri dalam lawatan rasmi tiga hari ke Melaka di Ramada Plaza pada Khamis 2hb Mac 2017 bersamaan Jamadilakhir 3 1438H.


Lokasi Gambar: Hatten Hotel http://generalabout.blogspot.my

Turut hadir di Ramada Plaza untuk menyambut ketibaan Baginda, adalah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakon, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron, dan lain lain.


Lokasi Gambar: Hatten Hotel http://generalabout.blogspot.my

Seri Paduka berkenan memilih Melaka sebagai negeri pertama bagi lawatan rasmi baginda sejak dilantik ke jawatan pada 13 Disembar tahun lalu.

Pada hari pertama, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka di Tanjung Minyak pada jam 4.30 petang. Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Halim Tawil sebelum ucapan menjunjung kasih oleh Datuk Seri Idris Haron. Sekolah tersebut terletak berdekataan dengan Masjid Tun Khalil Yaakob.


Pada sebelah malam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Magbrib secara berjemaah di Masjid Kampung Hulu. Masjid Kampung Hulu terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan masjid itu merupakan masjid yang tertua di Melaka. Masjid Kampung Hulu dibina sekitar tahun 1720 hingga 1728 ketika penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindi Timur Belanda.



Pada hari kedua, Jumaat 4 Jamadilakhir 1438H, Sultan Muhammad V, berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Negeri di Hatten Hotel.



Semalam, iaitu 5 Jamadilakhir 1438H, Sultan Muhammad V, berkenan berankat merasmikan Mahkamah Syariah Sungai Rambai di Jasin.



Admin Blog ini :

Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih
Keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong XV
Sultan Muhammad V

sempena
Lawatan Rasmi Baginda ke Negeri Melaka

Daulat Tuanku


Post a Comment