Ulang Tahun ke-190 SMK Tinggi Melaka 1826-2016


Sabtu 19 November 2016
Bersamaan 19 Safar 1438H


Sayangi Sekolah Tinggi Melaka.

Demi bekas murid-murid yang sentiasa ta’at setia kepada sekolah mereka; sebagai galakan kepada murid-murid terkini agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pendorong kepada murid-murid akan datang, saya berfikir panjang lebar sebelum membuat temujanji dengan pengetua Sekolah Tinggi Melaka.

Hasrat saya hanya satu sahaja. Sudah lama, saya berimpian untuk merakam sebuah video yang boleh menyatakan kesayangan kepada sekolah asalku, dimana saya terdidik.

Dengan izin, saya amat bersyukur kerana impian saya menjadi nyata. Dikotakan, Dr. Ramnan Saidun mempermudahakan segalanya dan telah memberi mesej yang cukup jelas sebagai bekas murid, dan kini, pengetua sekolah tersebut.

Legasi sekolah harus diwarisi dan dikekalkan kerana sampai bilapun, Sekolah Tinggi Melaka tetap akan diterima sebagai sekolah kedua tertua di Malaysia.


Ucapan beliau sempena Ulang Tahun ke-190 yang amat arif dan bermakna, jelas terkandung di dalam video ini.





Dedicated By Blogger: Daniel Ong

Comments