Makan Berselo



Pengenalan konsep makan berselo dalam Adat Perpatih berasaskan Makan Beradat.

Makan Berselo tetap mempamerkan nilai-nilai budaya yang menghormati tetamu yang sudi dan sempat hadir dalam satu-satu majlis.

Keistimewaan Makan Berselo meraikan dan menghormati tetamu dengan layanan yang sams adil dan selesa. Majlis ini turut mewujudkan suasana mesra dan harmoni.

Kebiasaan Makan Berselo ini dilaksanakan di dalam rumah adat yang mana makanan akan dihidangkan di dalam dulang ( jambat). Setiap hidangan mengandungi 4 jenis lauk, semangkuk air basuh tangan. Lauk pauk yang dihidang merupakan makanan tradisional Negeri Sembilan.
Makan Berselo ini bersifat rakyat, sekarang diamalkan di dalam majlis-majlis kenduri kendara masyarakat melayu Negeri Sembilan semasa meraikan tetamu yang berkunjung.


Post a Comment

Popular Posts