Dari menyedekahkan iftar ke Mengacau Dodol


Ramadhan 20, saya bersedekah dengan cara membuat bayaran untuk jamuan berbuka puasa kepada fakir miskin terdiri daripada sepuluh anak yatim.

Seminggu selepas itu, saya berpeluang untuk mengacau dodol di Bukit Piatu, iaitu pada Ramadhan 27.

Saya pun tiba di Bukit Piatu sebelum solat azan maghrib dan bersempat menemui seorang daripada ahli-ahli Kacau Dodol Beramai-ramai Bukit Piatu. Dia mengambil nombor telefon saya, supaya dia dapat memanggil saya untuk menghadiri usaha kacau dodol sebelum memasak dodol bermula.

Ada empat kawah sudah disiap untuk memasak sebanyak lebih kurang 10 kg bahan, dan akan mengambil masa yang lama dari malam sehingga sebelum waktu subuh esok hari. Lebih tepat sekali, 10 kg bahan setiap kawah.

Bahan-bahan yang digunakan adalah tepung pulut, santan, gula putih, gula Melaka, dengan perencah-perencahnya. Tengoklah tepung pulut dan santan cecair pada video ini. [Hanya boleh ditonton pada laptop atau desktop buat masa kini]



Kerja mengacau dodol adalah suatu kerja berterusan dan biasa dilakukan antara dua dan tiga orang yang mengacau dengan sodet besar yang diperbuat daripada kayu.

Santan dan pulut asalnya cair, akan lama kelamaan makin pekat dan likat dan oleh demikian, tujuan dikacau berterusan adalah supaya ianya likat dan tidak hangus.

Dodol yang masak berwarna kehitam-hitaman dan ianya pekat dan tidak melekat pada pelepah atau daun pisang yang biasa digunakan sebagai alat ujian tahap kemasakannya.


Sodet besar untuk mengacau dodol

Salah satu daripada empat kawah

Dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Bukit Piatu

Sedang menapis tepung pulut cair dan santan

Yang pulak sedang anyam ketupat dengan daun kelapa

Pelita minyak tanah, indah dan berseri

Bergotong-royong dan berkejiranan

Masjid An Ni'mah ketika dodol mula dikacau

Ramai orang selepas Sembahyang Terawih

Anyam ketupat dengan daun kelapa sedang berjalan




Lama-kelamaan, daripada cair, bahan dalam kawah di dalam gambar di atas akan menjadi lebih pekat dan likat.



Tonton video di bawah ini untuk memahami sedikit sebanyak apa itu kacau dodol !






During the month of Ramadhan, tourists to Melaka, can grab the chance to see the making of Dodol. Maybe, the tour-and-travel agencies could do something to make Dodol Making Experience to tourists.

Comments