Majlis Anugerah Sekolah & Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM & STAM NEGERI MELAKA 2015

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka di Jabatan Ketua Menteri telahpun mengadakan Majlis Anugerah Sekolah & Pelajar Cemerlang UPSR, SPM, STPM & STAM Negeri Melaka petang tadi.

Majlis tersebut disambut dalam Grand Ballroom, Melaka International Trade Centre.




Majlis telahpun disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

Idris menyatakan bahawa anugerah itu selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang pada masa hadapan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, YB Datuk Wira Hj. Md. Yunos Bin Husin menekankan bahawa para pelajar merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara. Manakala itu, Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Mustafa Bin Musa menyatakan bahawa usaha melahirkan pelajar-pelajar cemerlang merupakan aspirasi dan itizam YAB Ketua Menteri.

TAPEM DIHATIKU














Comments